Pengoptimuman proses penyemperitan gentian karbon terkisar dan polipropilena bagi komposit polimer pengalir

Proses penyemperitan merupakan salah satu proses pra-pencampuran yang dapat membantu meningkatkan tahap serakan bahan pengalir dalam komposit polimer pengalir (CPC). Tahap keberaliran elektrik dilihat tidak begitu memuaskan walaupun telah melalui proses serakan melalui pengacuan mekanik. Kajian ini...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nabilah Afiqah Mohd Radzuan (Author), Abu Bakar Sulong (Author), Mahendra Rao Somalu (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016-12.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Proses penyemperitan merupakan salah satu proses pra-pencampuran yang dapat membantu meningkatkan tahap serakan bahan pengalir dalam komposit polimer pengalir (CPC). Tahap keberaliran elektrik dilihat tidak begitu memuaskan walaupun telah melalui proses serakan melalui pengacuan mekanik. Kajian ini dijalankan bagi mengoptimumkan proses penyemperitan bahan gentian karbon terkisar (MCF) dan polipropilena (PP) iaitu suhu penyemperitan dan halaju putaran melalui kaedah reka bentuk eksperimen (Taguchi). Susunan orthogonal Taguchi L9 digunakan bagi menentukan aras yang paling optimum serta menjalankan analisis varian bagi memperoleh nilai keberaliran elektrik yang paling baik. Pengoptimuman parameter pada suhu penyemperitan 210ºC hingga 250ºC dan halaju putaran 50 hingga 90 rpm menggunakan komposisi bahan sebanyak 80 % bt. MCF dan 20 % bt. PP dengan tahap keberaliran elektrik meningkat pada tahap maksimum 3.67 S/cm. Pengoptimuman parameter ini menunjukkan bahawa reka bentuk eksperimen yang terhasil mampu menghasilkan nilai keberaliran elektrik yang tinggi serta mempunyai sifat mekanik yang baik.