Pencirian bakteria asid laktik dan sebatian aroma ikan pekasam

Dalam kajian ini, bakteria asid laktik (LAB) serta sebatian aroma ikan pekasam daripada spesies yang berbeza ditentukan. Persampelan ikan pekasam iaitu tilapia, loma, lampam, sepat dan gelama diperoleh daripada pembekal Perusahaan Ikan Pekasam Kiah di Kuala Kangsar, Perak. Penentuan spesies LAB dija...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tan, Wei Chi (Author), Lim, Seng Joe (Author), Wan Aida Wan Mustapha (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017-03.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02270 am a22001453u 4500
001 10714
042 |a dc 
100 1 0 |a Tan, Wei Chi  |e author 
700 1 0 |a Lim, Seng Joe  |e author 
700 1 0 |a Wan Aida Wan Mustapha,   |e author 
245 0 0 |a Pencirian bakteria asid laktik dan sebatian aroma ikan pekasam 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2017-03. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/10714/1/11%20Wei%20Chi%20Tan.%20indd.pdf 
520 |a Dalam kajian ini, bakteria asid laktik (LAB) serta sebatian aroma ikan pekasam daripada spesies yang berbeza ditentukan. Persampelan ikan pekasam iaitu tilapia, loma, lampam, sepat dan gelama diperoleh daripada pembekal Perusahaan Ikan Pekasam Kiah di Kuala Kangsar, Perak. Penentuan spesies LAB dijalankan melalui kaedah pencairan bersiri, pengkulturan LAB, ujian katalase, ujian pewarnaan spora serta ujian pengesanan Gram bakteria dan morfologi. Pengesahan spesies LAB dijalankan melalui pengekstrakan asid deoksiribonukleik (DNA), amplifikasi dengan tindak balas rantaian polimerasi (PCR), analisis elektroforesis gel dan penjujukan DNA. Hasil jujukan DNA yang diperoleh dibandingkan dengan jujukan dalam pangkalan data GenBank di NCBI menggunakan BLAST. Didapati Lactobacillus brevis KB290 DNA dan Lactobacillus casei W56 wujud dalam pekasam tilapia, Lactobacillus plantarum 16 dalam pekasam lampam, Lactobacillus casei BD-II kromosom dan Lactobacillus plantarum WCFS1 dalam pekasam sepat, Corynebacterium vitaeruminis DSM 20294 dan Streptococcus anginosus C1051 dalam pekasam gelama. Manakala Staphylococcus carnosus subsp. carnosus TM300 kromosom adalah LAB dominan dalam pekasam loma. Sementara itu, sebatian aroma ditentukan melalui kaedah pengekstrakan cecair menggunakan pelarut metanol dan heksana. Pemprofilan sebatian aroma dijalankan dengan kromatografi gas-spektometer jisim (GC-MS). Sebatian aroma dalam ekstrak metanol dan heksana daripada lima jenis ikan pekasam dibandingkan. Bilangan sebatian aroma yang diekstrak menggunakan metanol adalah lebih banyak berbanding dengan yang menggunakan heksana. Sebatian aroma yang paling banyak dikesan adalah daripada pekasam loma. Asid karboksilik merupakan sebatian yang paling dominan dalam ikan pekasam dan memberi bau hamis serta tengik. 
546 |a en