Pencirian sifat kimia bahan tanah pada cerun gagal di sepanjang jalan Ranau-Tambunan, Sabah, Malaysia

Kawasan kajian yang terletak di kawasan pergunungan pantai barat Sabah sering dikaitkan dengan kejadian tanah runtuh dan kegagalan cerun. Secara geologi, kawasan di sepanjang jalan raya Ranau-Tambunan (RTM) terdiri daripada cerun potongan batuan sedimen arenit daripada Formasi Crocker dan metasedime...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noran Nabilla Nor Azlan (Author), Norbert Simon (Author), Azimah Hussin (Author), Rodeano Roslee (Author), Lee, Khai Ern (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017-06.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02833 am a22001693u 4500
001 11100
042 |a dc 
100 1 0 |a Noran Nabilla Nor Azlan,   |e author 
700 1 0 |a Norbert Simon,   |e author 
700 1 0 |a Azimah Hussin,   |e author 
700 1 0 |a Rodeano Roslee,   |e author 
700 1 0 |a Lee, Khai Ern  |e author 
245 0 0 |a Pencirian sifat kimia bahan tanah pada cerun gagal di sepanjang jalan Ranau-Tambunan, Sabah, Malaysia 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2017-06. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/11100/1/05%20Noran%20Nabilla%20Nor.pdf 
520 |a Kawasan kajian yang terletak di kawasan pergunungan pantai barat Sabah sering dikaitkan dengan kejadian tanah runtuh dan kegagalan cerun. Secara geologi, kawasan di sepanjang jalan raya Ranau-Tambunan (RTM) terdiri daripada cerun potongan batuan sedimen arenit daripada Formasi Crocker dan metasedimen argilit daripada Formasi Trusmadi yang telah terluluhawa serta beberapa bahagian yang terdiri daripada endapan Aluvium Kuartener. Pencirian sifat kimia ke atas bahan cerun tanah yang gagal di kawasan tropika, terutama sekali di kawasan kajian jarang dilakukan. Pencirian ini adalah penting kerana bukan ciri fizikal bahan cerun sahaja yang mempengaruhi kejadian tanah runtuh. Oleh itu, kajian ini memberi perhatian utama kepada pencirian sifat kimia dan mineralogi lempung telah dilakukan ke atas cerun-cerun yang gagal di kawasan kajian. Bagi mencapai objektif kajian ini, sebanyak 12 sampel tanah cerun gagal yang terdiri daripada luluhawa gred VI diuji. Analisis inventori cerun gagal menunjukkan terdapat 10 kegagalan cerun tanah (T) dan 8 kegagalan jenis khas (TB) dengan 3 kegagalan cerun dikelaskan berisi padu besar (> 500 m3), 7 cerun berisi padu sederhana (50 - 500 m3) dan 2 kegagalan cerun berisi padu kecil (10 - 50 m3). Analisis kimia menunjukkan kandungan organik tanah (BOT) yang rendah hingga sederhana daripada 3.75%-7.23%, pH tanah dikelaskan sebagai berasid amat tinggi hingga beralkali rendah. Analisis XRD menunjukkan komposisi mineral lempung utama terdiri daripada kaolinit dan ilit dan beberapa mineral lain seperti montmorilonit, haloisit, dickit dan vermikulit. Komposisi mineral bukan lempung utama terdiri daripada kuarza dan muskovit. Hasil kajian menunjukkan wujud perkaitan signifikan antara sifat kimia dan mineralogi tanah daripada segi pertukaran unsur kimia, hubungan air liang dan kekuatan ikatan butiran tanah dalam pembentukan mineral lempung yang menggalakkan berlakunya kegagalan cerun. Oleh itu, pembinaan dan pengurusan kerja-kerja potongan cerun bukan sahaja mengambil kira aspek sifat fizikal dan kejuruteraan tanah malah sifat kimia tanah juga amat penting terutamanya yang melibatkan batuan yang terluluhawa supaya sebarang kegagalan yang melibatkan cerun potongan dapat ditangani sewajarnya. 
546 |a en