Pengoptimuman parameter sonikasi dan pengacauan magnetik bagi mendapatkan penyerakan sebati komposit kuprum-grafin berdasarkan sifat morfologi

Kajian mengenai grafin kini semakin meluas disebabkan sifat kebolehaliran terma yang mampu meningkatkan potensi bahan komposit. Penambahan grafin dalam matriks kuprum dikaji dengan menggunakan gabungan bahan pengikat iaitu polietilena glikol (PEG), polimetil metakrilat (PMMA) dan asid stearik. Pengg...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Nabilla Kadiman (Author), Julie Elvyana Romli (Author), Norhamidi Muhamad (Author), Abu Bakar Sulong (Author), Farhana Mohd Foudzi (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018-05.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02397 am a22001693u 4500
001 12094
042 |a dc 
100 1 0 |a Nor Nabilla Kadiman,   |e author 
700 1 0 |a Julie Elvyana Romli,   |e author 
700 1 0 |a Norhamidi Muhamad,   |e author 
700 1 0 |a Abu Bakar Sulong,   |e author 
700 1 0 |a Farhana Mohd Foudzi,   |e author 
245 0 0 |a Pengoptimuman parameter sonikasi dan pengacauan magnetik bagi mendapatkan penyerakan sebati komposit kuprum-grafin berdasarkan sifat morfologi 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2018-05. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/12094/1/21%20Nor%20Nabilla%20Kadiman.pdf 
520 |a Kajian mengenai grafin kini semakin meluas disebabkan sifat kebolehaliran terma yang mampu meningkatkan potensi bahan komposit. Penambahan grafin dalam matriks kuprum dikaji dengan menggunakan gabungan bahan pengikat iaitu polietilena glikol (PEG), polimetil metakrilat (PMMA) dan asid stearik. Penggunaan grafin sebagai bahan pengisi dalam matriks kuprum merupakan pendekatan baru yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehaliran terma produk yang dihasilkan. Namun, penambahan grafin dalam matriks kuprum boleh menyebabkan ketidaksamarataan zarah komposit kerana penggumpalan zarah-zarah grafin. Oleh itu, kaedah sonikasi dan pengacauan magnetik semasa proses pra-campuran digunakan bagi menghasilkan bahan suapan yang sebati dan penyerakan grafin yang lebih baik tanpa penggumpalan. Suhu proses sonikasi telah ditetapkan pada 55˚C dengan masa sonikasi yang berbeza iaitu 30 minit, 60 minit dan 90 minit. Bagi proses pengacauan magnetik, parameter yang digunakan adalah 55˚C, selama 21 jam pada kelajuan yang berbeza iaitu 300, 350 dan 400 rpm. Analisis imej Pancaran Medan Mikroskopi Elektron Pengimbasan (FESEM) dan Pemetaan EDX telah dijalankan bagi mengkaji penyerakan grafin dalam komposit kuprum grafin. Keputusan menunjukkan hasil yang lebih baik diperoleh selepas proses sonikasi dan pengacauan magnetik dijalankan. Penyerakan terbaik yang lebih seragam dan sebati diperoleh pada masa sonikasi 60 min dan pengacauan magnetik pada kelajuan sederhana iaitu 350 rpm. Zarah grafin didapati kurang bertumpu pada satu tempat dan penggumpalan semula juga tidak berlaku. Penyerakan sebati ini menjadikan hubungan antara muka zarah-zarah grafin dan kuprum menjadi lebih baik seterusnya mampu mengurangkan keliangan bagi penghasilan jasad akhir. 
546 |a en