Kesan pemendapan elektroforesis gam Arab terhadap halaju kakisan pada aluminium 5052

Plat dwikutub adalah salah satu komponen utama sel fuel membran pertukaran proton (PEMFC). Aloi aluminium (Al5052) merupakan salah satu logam yang digunakan sebagai plat dwikutub kerana mempunyai kekonduksian yang tinggi dan ringan. Namun, sistem PEMFC yang berasid (pH3-6) adalah mudah untuk bahan A...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: I Gusti Ayu Arwati (Author), Majlan, Edy Herianto (Author), Wan Ramli Wan Daud (Author), Loh, Kee Shyuan (Author), Khuzaimah Arifin (Author), Teuku Husaini (Author), Alva, Sagir (Author), Nabilah Afiqah Mohd Radzuan (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019-02.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Plat dwikutub adalah salah satu komponen utama sel fuel membran pertukaran proton (PEMFC). Aloi aluminium (Al5052) merupakan salah satu logam yang digunakan sebagai plat dwikutub kerana mempunyai kekonduksian yang tinggi dan ringan. Namun, sistem PEMFC yang berasid (pH3-6) adalah mudah untuk bahan Al5052 mengalami kakisan sehingga dapat mengurangkan prestasi PEMFC. Oleh itu, bagi mengurangkan halaju kakisan yang berlaku, kajian ini menggunakan perencat hijau gam Arab dengan kaedah pemendapan elektroforesis (EPD). Kesan kakisan plat Al5052 bersalut 0.5 gL-1 gam Arab di dalam larutan sulfurik asid diuji menggunakan kaedah elektrokimia dan ujian morfologi. Hasil ujian morfologi permukaan Al5052 yang bersalut gam Arab terlihat lebih halus dan homogen berbanding permukaan yang tidak disalut serta hasil keratan rentas ketebalan salutan adalah antara 7.5 μm sehingga 8.8 μm. Kesan peningkatan suhu (30ºC sehingga 90ºC) terhadap nilai rintangan hubungan antara muka (ICR) pada Al5052 yang tidak bersalut akan menurun daripada 11.8552 sehinggs 9.9042 mΩ cm2 manakala yang bersalutkan gam Arab mempunyai nilai daripada 13.3497sehingga 11.812 mΩ cm2. Keputusan menunjukkan bahawa gam Arab dapat memberikan perlindungan terhadap permukaan logam yang apabila pengujian menggunakan kaedah polarisasi linear tafel dalam larutan 0.5 M H2SO4 (pH4) menunjukkan nilai ketumpatan arus kakisan (Icorr) semakin menurun daripada 0.00264 kepada 0.00012 μA cm-2. Selain itu, halaju kakisan turut menurun daripada 3.06 × 10-5 mpy kepada 1.61 × 10-6 mpy setelah disalut gam Arab. Kesimpulannya, gam Arab dan kaedah salutan EPD boleh digunakan bagi mengurangkan halaju kakisan pada plat Al5052, supaya jangka hayat bahan ini lebih panjang dan boleh mencapai piawai yang ditetapkan oleh DOE untuk plat dwikutub.