Kandungan kemarmaran stik Ribeye dan kesannya terhadap ciri-ciri kualiti tekstur dan mikrostruktur daging

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kandungan lemak intraotot (kemarmaran) dan kesannya terhadap ciri-ciri kualiti tekstur dan mikrostruktur daging stik ribeye daripada empat baka lembu berbeza iaitu Wagyu, Angus, Brahman dan Kedah-Kelantan (KK). Darjah kemarmaran diukur dengan menggunakan ana...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Nuraliya Shahrai (Author), Abdul Salam Babji (Author), Mohamad Yusof Maskat (Author), Salma Mohamad Yusop (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020-07.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kandungan lemak intraotot (kemarmaran) dan kesannya terhadap ciri-ciri kualiti tekstur dan mikrostruktur daging stik ribeye daripada empat baka lembu berbeza iaitu Wagyu, Angus, Brahman dan Kedah-Kelantan (KK). Darjah kemarmaran diukur dengan menggunakan analisis imej berkomputer dan didapati mempengaruhi kelembutan daging. Keputusan menunjukkan sampel Wagyu yang mempunyai lemak intraotot yang tinggi (33.90%), turut mempunyai kapasiti pengekalan lemak (86.32%) yang tinggi secara signifikan (p<0.05) dan daging yang paling lembut (p<0.05) berbanding sampel Angus, Brahman dan KK. Berdasarkan ciri-ciri mikrostruktur daging, ruangan antara gentian otot dan diameter gentian otot didapati lebih besar bagi Wagyu berbanding sampel lain masing-masing pada ukuran 23.40 dan 47.01 µm. Perbezaan kandungan lemak intraotot sampel Wagyu dan KK turut diperlihatkan dalam imej mikrograf sampel daging.