Lukut, 1846-1864: bandar terawal di Selangor

Artikel ini bertujuan mengkaji perkembangan Lukut semasa berada di bawah kekuasaan Kesultanan Selangor. Sehingga pertengahan abad ke-19, Lukut merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan hasil bijih timah. Keadaan ini menyebabkan golongan elit Melayu dan pemodal Cina mula berhijrah dan menetap di Luku...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus (Author), Noor Ain Mat Noor (Author), Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020-08.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02209 am a22001453u 4500
001 16866
042 |a dc 
100 1 0 |a Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus,   |e author 
700 1 0 |a Noor Ain Mat Noor,   |e author 
700 1 0 |a Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli,   |e author 
245 0 0 |a Lukut, 1846-1864: bandar terawal di Selangor 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2020-08. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/16866/1/41451-132546-1-SM.pdf 
520 |a Artikel ini bertujuan mengkaji perkembangan Lukut semasa berada di bawah kekuasaan Kesultanan Selangor. Sehingga pertengahan abad ke-19, Lukut merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan hasil bijih timah. Keadaan ini menyebabkan golongan elit Melayu dan pemodal Cina mula berhijrah dan menetap di Lukut untuk terlibat dalam kerja-kerja melombong bijih timah. Kehadiran mereka bersama-sama dengan pengikut dan tenaga buruh yang ramai menyebabkan fungsi Lukut sebagai kawasan petempatan semakin berkembang. Semasa ditadbir oleh Raja Jumaat (1846-1864), perkembangan sektor perlombongan bijih timah di Lukut mencapai tahap kemuncak sehingga mengubah reka bentuk landskapnya menjadi sebuah petempatan termaju yang dilengkapi dengan ciri-ciri sebuah bandar. Justeru, artikel ini akan menganalisis sejauh mana tadbir urus yang dilaksanakan oleh Raja Jumaat telah menyumbang kepada pembentukan Lukut sebagai sebuah bandar. Hasil kajian mendapati kejayaan Raja Jumaat meletakkan dirinya sebagai pembesar yang sah menjadi titik permulaan kepada kemajuan Lukut. Keupayaan mentadbir urus aktiviti melombong bijih timah dan pelaksanaan sistem kutipan cukai yang cekap telah mengukuhkan kedudukan ekonomi Raja Jumaat. Bagi memenuhi tanggungjawab sebagai pembesar, pelbagai bentuk kemudahan asas dan perkhidmatan telah disediakan oleh Raja Jumaat dalam proses membangunkan Lukut sebagai kawasan pegangannya. Pembinaan infrastrutur dan jaminan keselamatan telah membentuk aturan kehidupan penduduk Lukut yang lebih kompleks dan teratur. Ternyata penyediaannya untuk memenuhi keperluan penduduk selain menarik kehadiran pemodal supaya melabur dalam sektor perlombongan bijih timah telah menjadi pencetus kepada pembentukan Lukut sebagai sebuah bandar. 
546 |a en