Strategi pemantapan perpaduan menerusi animasi Upin & Ipin

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sebuah kejadian berdarah yang menjadi titik hitam kepada penduduk Malaysia. Selepas tercetusnya peristiwa tersebut lima prinsip Rukun Negara telah digubal untuk dijadikan pegangan dan dasar bagi penyatuan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Bagi melestarikanya,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Syahman Mahdi (Author), Yusmilayati Yunos (Author), Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021.
Online Access:Get fulltext
LEADER 01988 am a22001453u 4500
001 17646
042 |a dc 
100 1 0 |a Muhamad Syahman Mahdi,   |e author 
700 1 0 |a Yusmilayati Yunos,   |e author 
700 1 0 |a Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff,   |e author 
245 0 0 |a Strategi pemantapan perpaduan menerusi animasi Upin & Ipin 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2021. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/17646/1/47415-156803-1-PB.pdf 
520 |a Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sebuah kejadian berdarah yang menjadi titik hitam kepada penduduk Malaysia. Selepas tercetusnya peristiwa tersebut lima prinsip Rukun Negara telah digubal untuk dijadikan pegangan dan dasar bagi penyatuan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Bagi melestarikanya, setiap prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara perlu diperkasakan dan diamalkan melalui amalan perpaduan bagi menjamin kestabilan sosial dalam membina sebuah negara yang berdaulat dan dihormati. Antara objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesedaran dan kepentingan Rukun Negara, dan seterusnya melihat kelebihan animasi Upin & Ipin dalam memberi sumbangan yang positif bagi pembentukan perpaduan sosial masyarakat di Malaysia. Animasi ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Dapatan kajian menunjukkan keempat-empat hasil dapatan iaitu kesejahteraan, perpaduan, bahasa dan media massa saling berkaitan antara satu sama lain dalam membentuk strategi pemantapan dan pengukuhan perpaduan melalui prinsip Kesopanan dan Kesusilaan. Kejayaan mengadunkan keempat-empat dapatan ini telah menghasilkan sebuah jalan cerita animasi yang baik bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan memahami dan menghayati Rukun Negara. Justeru, implikasi kajian ini diharapkan dapat menjadi titik awal terhadap pembentukan perpaduan yang dinamik menerusi Rukun Negara bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berpendirian teguh. 
546 |a en