Periklanan internet: faktor pendorong yang peransang pembelian produk kecantikan

Internet yang pada awalnya digunakan sebagai medium komunikasi dan pencarian maklumat kini telah mula digunakan secara aktif sebagai medium periklanan. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau apakah faktor yang mendorong konsumer membeli produk kecantikan melalui internet. Kajian telah dijalankan di...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Levi Mayang Pramudita (Author), Samsudin A Rahim (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Internet yang pada awalnya digunakan sebagai medium komunikasi dan pencarian maklumat kini telah mula digunakan secara aktif sebagai medium periklanan. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau apakah faktor yang mendorong konsumer membeli produk kecantikan melalui internet. Kajian telah dijalankan di kotaraya Bandung, Indonesia yang melibatkan 250 responden wanita berkerja. Kajian ini mendapati 80 peratus responden mempunyai akses kepada internet dan satu pertiga daripada mereka melayari internet lebih daripada 7 jam dalam seminggu. Analisis hubungan khi kuasa dua mendapati tumpuan kepada iklan kecantikan dan minat terhadap penjaaan kecantikan menjadi pendorong utama responden membeli produk kecantikan. Walaupun konstruk kecantikan adalah berbeza dalam kalangan responden, tetapi faktor ingin menjadi cantik adalah faktor pendorong yang kuat mempengaruhi pembelian produk kecantikan. Dengan itu periklanan produk kecantikan mestiah mengambil kira pelbagai pendekatan sepadu yang mengintergrasikan minat dengan motivasi kecantikan dalam reka bentuk dan daya kreatif pengiklanan produk kecantikan.