Penswastaan perkhidmatan kesihatan awam: adakah kita bersedia

Penswastaan perkhidmatan kesihatan adalah polisi yang dipelopori oleh agensiagensi penderma antarabangsa yang bermula selepas kegagalan kerajaan menangani masalah kemelesetan ekonomi pada awal tahun tujuh puluhan. Ciri-ciri eksternaliti, barangan awam dan barangan unggul yang dimiliki oleh perkhidma...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Syed Mohamed Aljunid (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Department Of Community Health, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Penswastaan perkhidmatan kesihatan adalah polisi yang dipelopori oleh agensiagensi penderma antarabangsa yang bermula selepas kegagalan kerajaan menangani masalah kemelesetan ekonomi pada awal tahun tujuh puluhan. Ciri-ciri eksternaliti, barangan awam dan barangan unggul yang dimiliki oleh perkhidmatan kesihatan awam merupakan faktor yang menyukarkan ianya diswastakan. Penswastaan pembiayaan perkhidmatan awam melalui caj pengguna dikatakan dapat menapis penggunaan perkhidmatan kesihatan yang berlebihan di samping meningkatkan kualiti melalui dana yang dikumpulkan. Namun realitinya adalah caj pengguna menurunkan permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan, meningkatkan kos akibat kelewatan pengguna mendapatkan rawatan di samping keupayaannya yang amat terhad untuk meningkatkan jumlah dana yang dapat digunakan dalam sektor kesihatan. Penswastaan perkhidmatan klinikal dan bukan klinikal telah mengujudkan keadaan monopoli dengan pemberian konsesi yang terlalu lama yang meningkatkan kos dan menurunkan kecekapan. Secara keseluruhan adalah tidak wajar perkhidmatan kesihatan awam di swastakan sekiranya tidak ada mekanisma untuk menangani masalah kegagalan pasaran, tiada usaha untuk menyahpusatkan sistem kesihatan bagi membolehkan pemantauan yang berkesan terhadap perkhidmatan yang disampaikan oleh kontraktor.