Penerimaan dan penggunaan produk soya dalam kalangan pengguna Semenanjung Malaysia

Makanan berasaskan kacang soya terkenal di Asia sejak beribu tahun dahulu dan ia tidak hanya diiktiraf sebagai makanan tradisi tetapi mempunyai potensi untuk kesihatan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan penerimaan, kesukaan dan kadar penggunaan produk soya dalam kalangan pengguna di Semenanjung...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Maizura Murad (Author), Wan Aida Wan Mustapha (Author), Aminah Abdullah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014-07.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Makanan berasaskan kacang soya terkenal di Asia sejak beribu tahun dahulu dan ia tidak hanya diiktiraf sebagai makanan tradisi tetapi mempunyai potensi untuk kesihatan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan penerimaan, kesukaan dan kadar penggunaan produk soya dalam kalangan pengguna di Semenanjung Malaysia. Seramai 330 responden telah terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada pelajar universiti dan masyarakat umum yang berumur 18 tahun ke atas. Setiap responden diminta untuk mengisi borang soal selidik dengan seliaan penyelidik. Kajian menunjukkan bahawa 56% responden lebih menyukai susu soya berbanding dengan produk soya yang lain seperti taufufa (16%), kicap (9%), tempeh (8%), tauhu telur (7%) dan tauhu soya (4%). Sebahagian besar responden (>50%) percaya produk soya boleh mengurangkan risiko kanser dan osteoporosis. Sebanyak 89.4% responden makan tauhu soya. Sementara itu, 63.9% responden makan tauhu telur dan 42.2% suka tauhu telur yang digoreng. Lebih daripada 80% responden meminati warna, aroma, rasa dan tekstur tauhu telur.