Kemahiran Guru Pelatih Empat SPH Dalam Pengajaran Amali Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor

Seorang guru yang berkualiti boleh menguasai serta merealisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri sendiri sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran amali di dalam bengkel. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengaja...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abu Bakar, Zainudin (Author), Mohd Husnan, Huszaifah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-10-10.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Seorang guru yang berkualiti boleh menguasai serta merealisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri sendiri sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran amali di dalam bengkel. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengajaran amali di Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian deskriptif telah digunakan untuk mengenal pasti empat pembolehubah iaitu kemahiran melakukan kerja amali, pengurusan bengkel, kemahiran mengajar dan juga mengendalikan alat bantu mengajar. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mempunyai 40 item. Sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 97 orang guru-guru pelatih 4SPH. Datadata yang diperolehi diproses dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Sciences) Versi 11.5 For Windows. Hasil analisis dinyatakan dalam bentuk statistik kekerapan,peratus dan nilai min. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih 4SPH mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melakukan kerja amali, pengurusan bengkel, kemahiran mengajar dan juga mengendalikan alat bantu mengajar. Ini membawa maksud guru pelatih mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan pengajaran amali. Bagi tujuan kajian lanjutan pada masa akan datang penyelidik mencadangkan kajian permasalahan yang dihadapi oleh bakal guru untuk mengajar subjek Kemahiran Hidup di sekolah terutamanya yang melibatkan kerja amali di bengkel.