Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan MOODLE Bertajuk "Quadratic Expressions And Equations" Dan "Statistics" Tingkatan 4

E-Pembelajaran bukan sesuatu yang baru malahan mengalami perkembangan pesat sekali di dunia pendidikan. Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar yang terarah k...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Zaleha (Author), Mama, Kaizan (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-11-08.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:E-Pembelajaran bukan sesuatu yang baru malahan mengalami perkembangan pesat sekali di dunia pendidikan. Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar yang terarah kendiri, kadar kendiri dan akses kendiri. Untuk mencari pendekatan efektif dalam melaksanakan e-pembelajaran, projek ini telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE. Sistem ini dianggap sesuai memandangkan reka bentuknya menyokong prinsip konstruktivisme sosial. Pembangunan Web Portal ini adalah berasaskan model ADDIE. Bahan e-pembelajaran yang bertajuk "Quadratic Expression And Equation" dan "Statistics".ini menyediakan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran berdasarkan KBSM. Bentuk aktiviti yang dimaksudkan dalam istilah MOODLE ialah Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat, Journal dan Assignment. Aktiviti tertentu membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru serta mendapat maklumbalas secara spontan. Persekitaran pembelajaran turut dimantapkan dengan audio, grafik dan animasi.