Kemahiran visualisasi dan gaya pembelajaran pelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah daerah Johor Bahru dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Kemahiran visualisasi dan gaya pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) merupakan dua elemen yang menjadi fokus utama dalam kertas kerja ini. Hal ini kerana gaya pembelajaran dan kemahiran visualisasi dipercayai mempunyai hubungan antara satu sama l...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nordin, Mohd Safarin (Author), Abdul Hamid, Mohd Zolkifli (Author), Saud, Muhammad Sukri (Author), Abu Bakar, Zainudin (Author), Abdul Razak, Diyana (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
LEADER 02394 am a22001813u 4500
001 11268
042 |a dc 
100 1 0 |a Nordin, Mohd Safarin  |e author 
700 1 0 |a Abdul Hamid, Mohd Zolkifli  |e author 
700 1 0 |a Saud, Muhammad Sukri  |e author 
700 1 0 |a Abu Bakar, Zainudin  |e author 
700 1 0 |a Abdul Razak, Diyana  |e author 
245 0 0 |a Kemahiran visualisasi dan gaya pembelajaran pelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah daerah Johor Bahru dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan 
260 |c 2010. 
856 |z Get fulltext  |u http://eprints.utm.my/id/eprint/11268/1/PAPERWORK_SAFARIN_FOR_SEMINAR_MAJLIS_DEKAN_PENDIDIKAN_IPTA_2010.doc 
520 |a Kemahiran visualisasi dan gaya pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) merupakan dua elemen yang menjadi fokus utama dalam kertas kerja ini. Hal ini kerana gaya pembelajaran dan kemahiran visualisasi dipercayai mempunyai hubungan antara satu sama lain. Kemahiran visualisasi merupakan kemahiran yang sangat penting dalam LK kerana kemahiran ini merupakan keupayaan minda melihat sesebuah objek atau simbol dan berfikir dalam dua atau tiga dimensi dalam minda seseorang individu (Widad dan Foong, 2004). Justeru itu, tujuan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan tentang tahap kemahiran visualisasi dan hubungannya dengan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang mempelajari mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah-sekolah menengah. Tahap kemahiran visualisasi pelajar diuji dengan menggunakan dua ujian piawai yang sering digunakan dalam kajian-kajian berkaitan visualisasi iaitu ujian Purdue Spatial Visualisation Tests of Rotation (PSVT:R) dan Minnesota Paper Form Board Test (MPFBT). Ujian-ujian tersebut bertujuan mengkaji perbezaan tahap kemahiran visualisasi pelajar dari dua aspek kemahiran mental yang berbeza seperti kemahiran memutar secara mental dan kemahiran menggabung secara mental. Sementara itu, bagi menentukan gaya pembelajaran pelajar, soal selidik gaya pembelajaran Honey and Mumford telah digunakan. Seramai 160 orang (75 lelaki dan 55 perempuan) pelajar di sekolah-sekolah menengah harian biasa daerah Johor Bahru telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap kemahiran memutar yang sederhana rendah dan tahap kemahiran menggabung yang sederhana tinggi. 
546 |a en 
650 0 4 |a L Education (General)