Summary: | Masalah yang dihadapi dalam sistem pengagihan gas ialah menentukan beban bekalan gas yang sebenar kepada pengguna. Oleh kerana permintaan terhadap gas biasanya berubah-ubah dan bergantung kepada musim maka sistem rekabentuk mestilah berdasarkan kepada masa penggunaan puncak dalam sesuatu hari dengan permintaan gas adalah maksimum. Justeru itu, faktor keserentakan gas perlulah dikenal pasti dalam sistem pengagihan gas tersebut. Dari segi ekonomi, sistem pengagihan gas akan lebih menguntungkan kerana faktor tersebut akan mempengaruhi saiz talian paip dan tangki penyetoran. Skop dalam kertas kerja ini adalah tertumpu kepada penggunaan gas petroleum cecair di sektor komersial, iaitu di lokasi Komplek Lot 10 dan Komplek The Mall Kuala Lumpur. Kajian dilakukan pada hari-hari bekerja, minggu dan cuti umum yang dilakukan selama sebulan.
|