Meneroka cabaran dan aspirasi pendidikan bagi masyarakat Iban di Betong, Sarawak
Kualiti pendidikan yang bermutu dapat melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berfikiran secara kritis dan rasional, berkepakaran tinggi, serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh yang demikian, kajian ini telah dijalankan bagi meneroka secara lebih menda...
| Published in: | Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education |
|---|---|
| Main Authors: | , |
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2025-06-01
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JRPPTTE/article/view/8015 |
| Summary: | Kualiti pendidikan yang bermutu dapat melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berfikiran secara kritis dan rasional, berkepakaran tinggi, serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh yang demikian, kajian ini telah dijalankan bagi meneroka secara lebih mendalam mengenai cabaran dan aspirasi pendidikan bagi masyarakat Iban di Betong, Sarawakmenerusi sesi temubual mendalam.Persampelan bertujuan telah digunakan bagi mengumpul data bersama enam orang informan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa majoriti daripada informanyang terlibat dalam kajian ini berada dalam lingkungan umur 19 hingga 41 tahun, telah menamatkan pelajaran setakat peringkat Diploma, serta sedang bekerja di bawah sektor kerajaan dan swasta. Informanyang terlibat dalam kajian ini berpendapat bahawa pelajar luar bandar berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menimba ilmu pengetahuan termasuk ketiadaan kemudahan pengangkutan awam ke sekolah, kekurangan tenaga pengajar di sekolah, kedudukan rumah yang jauh dari sekolah, dan kemudahan internet yang terhad. Seterusnya, dari aspek aspirasi masa hadapanpula informanmenjelaskan bahawa jumlah asrama di kawasan luar bandar harus ditambah serta perlu wujud hubungan yang rapat di antara pihak pengurusan sekolah dengan ibu bapa. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan agar memperkasa pembangunan pendidikan di Betong, Sarawakagar anak-anak muda yang dilahirkan di lokaliti yang terpencildi Sarawak masih dapat menikmati prasarana serta mutu pendidikan yang berkualitipada masa hadapan. |
|---|---|
| ISSN: | 2232-0458 2550-1771 |
