Perancangan Perniagaan dan Prestasi Perniagaan: Kajian Ke Atas PKS Islam di Malaysia

Aktiviti perancangan perniagaan telah terbukti berjaya mempengaruhi hubungan yang signifikan dengan prestasi perniagaan. Namun demikian, terdapat segelintir pengkaji yang melaporkan bahawa aktiviti perancangan perniagaan tidak penting. Hal yang demikian ini memberi kesan dan mempengaruhi ramai usaha...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rosli Mohd Saad, Abdullah Abdul Ghani, Shuhymee Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2015-07-01
Series:International Journal of Management Studies
Online Access:https://www.scienceopen.com/document?vid=c15cdb71-523b-425e-9552-e3e9799387ca
Description
Summary:Aktiviti perancangan perniagaan telah terbukti berjaya mempengaruhi hubungan yang signifikan dengan prestasi perniagaan. Namun demikian, terdapat segelintir pengkaji yang melaporkan bahawa aktiviti perancangan perniagaan tidak penting. Hal yang demikian ini memberi kesan dan mempengaruhi ramai usahawan untuk tidak menyedia dan melaksanakan aktiviti ini dalam perniagaan. Rentetan itu, makalah meneliti kecenderungan usahawan mengaplikasikan aktiviti perancangan perniagaan dan hubungan aktiviti tersebut ke atas prestasi perniagaan. Kajian dijalankan menggunakan strategi kutipan data secara pos dan berdasarkan pensampelan kebarangkalian kelompok. Kajian ini melibatkan 117 sampel daripada sektor perkilangan/pembuatan dan sektor pertanian dalam kalangan usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Islam di Malaysia. Penemuan kajian mendapati usahawan PKS Islam di Malaysia berkecenderungan mengaplikasikan aktiviti rancangan perniagaan dalam operasi perniagaan mereka. Selain itu, kajian juga mendapati perancangan perniagaan mempunyai hubungan yang signifikan positif dengan prestasi perniagaan.   Kata kunci: Perancangan perniagaan, prestasi perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana.
ISSN:2232-1608
2180-2467