Bentuk dan Penggunaan Bahasa Halus dalam Masyarakat Melayu dan Iban di Sarawak

Kajian ini meneliti aspek kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban di daerah Kuching dan Samarahan, khususnya dalam penggunaan bahasa halus atau eufemisme. Objektif khusus kajian adalah untuk meneliti bentuk eufemisme yang wujud dan digunakan dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Ib...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamidah Abdul Wahab, Siti Marina Kamil, Remmy Gedat
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sarawak 2020-06-01
Series:Issues in Language Studies
Subjects:
Online Access:http://unipub.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/view/2103
Description
Summary:Kajian ini meneliti aspek kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban di daerah Kuching dan Samarahan, khususnya dalam penggunaan bahasa halus atau eufemisme. Objektif khusus kajian adalah untuk meneliti bentuk eufemisme yang wujud dan digunakan dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban, dan juga melihat sejauh mana eufemisme tersebut digunakan dalam kedua-dua masyarakat tersebut. Data kajian diperoleh menerusi kaedah soal selidik, melibatkan responden seramai 50 orang bagi setiap kaum. Soalan dirangka mengikut beberapa domain daripada pengkategorian eufemisme oleh Allan dan Burridge (1991), iaitu hal kewanitaan dan kelelakian, kemarahan/makian/kebencian, penyakit, kematian, dan ketakutan berunsurkan haiwan serta makhluk halus. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan bahasa halus secara sederhana adalah tinggi, iaitu bagi golongan penutur berusia 40 tahun ke bawah, melibatkan kedua-dua masyarakat. Penutur juga didapati memahami perkataan dan ujaran bahasa halus walaupun ia tidak bersifat langsung. Kajian ini juga dapat memperjelas bentuk bahasa halus yang wujud dan tahap penggunaannya dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban, selain memaparkan latar budaya masyarakat penutur yang kaya dengan kehalusan bahasanya.
ISSN:2180-2726