Strategi dan Faktor Mempengaruhi Perlaksanaan Etika Kerja Islam (EKI): Kajian Kes di JCorp

Etika kerja merupakan salah satu isu penting dalam pengurusan organisasi. Pencapaian organisasi banyak dipengaruhi oleh etika kerja yang diamalkan oleh para pegawai dan pekerjanya. Islam sebagai agama yang lengkap memberikan garis panduan yang menyeluruh tentang etika kerja yang sepatutnya diamalka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Mustakim Mohamed Noh, Siti Arni Basir, Wan Norhasniah Wan Husin
Format: Article
Language:Arabic
Published: Universiti Sultan Azlan Shah 2014-06-01
Series:Global Journal Al-Thaqafah
Subjects:
Online Access:http://www.gjat.my/gjat062014/5820140401.pdf
Description
Summary:Etika kerja merupakan salah satu isu penting dalam pengurusan organisasi. Pencapaian organisasi banyak dipengaruhi oleh etika kerja yang diamalkan oleh para pegawai dan pekerjanya. Islam sebagai agama yang lengkap memberikan garis panduan yang menyeluruh tentang etika kerja yang sepatutnya diamalkan dalam sesebuah organisasi. Objektif kajian ini ialah mengkaji perlaksanaan amalan Etika Kerja Islam (EKI) di JCorp, dengan memberi tumpuan kepada strategi perlaksanaan dan faktor yang mempengaruhi amalan EKI tersebut. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan sebuah kajian kes, iaitu JCorp. Interview separa-struktur telah dijalankan terhadap 15 orang interviewee yang terdiri daripada pengurusan tertinggi dan para eksekutif JCorp. Data dianalisa dengan menggunakan kaedah pembinaan tema, iaitu mengenalpasti tema berkenaan dengan strategi perlaksanaan dan faktor yang mempengaruhi perlaksanaan etika kerja Islam di JCorp Hasil kajian menunjukkan pihak pengurusan JCorp menggunakan 5 strategi untuk melaksanakan etika kerja Islam iaitu pengenalan, implementasi, penilaian, pengekalan dan pemantauan, dan penambahbaikan berterusan. Manakala faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan etika kerja Islam ialah persekitaran kerja, ganjaran dan kebajikan warga kerja, pemantauan terhadap aspek disiplin, ketelusan, amalan beragama dan komunikasi.
ISSN:2232-0474
2232-0482