Dimensi kebebasan dan limitasi al-Tafakkur dalam proses psikoterapi menurut al-Sunnah: perbandingan terhadap meditasi komplimentari bukan Islam / Rahim KZ, Khairulnazrin Nasir dan Saifullah Mamat

Pemulihan masalah kesihatan mental yang perlu kepada rawatan psikoterapi menurut Islam telah pun giat dibangunkan oleh beberapa pihak berautoriti di Malaysia. Namun begitu, metode rawatan berasaskan aplikasi konsep al-Tafakkur menurut al-Sunnah masih kurang diperkukuhkan. Sehubungan itu, kajian ini...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: KZ, Rahim (Author), Nasir, Khairulnazrin (Author), Mamat, Saifullah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), 2019-10.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
View Fulltext in UiTM IR
Description
Summary:Pemulihan masalah kesihatan mental yang perlu kepada rawatan psikoterapi menurut Islam telah pun giat dibangunkan oleh beberapa pihak berautoriti di Malaysia. Namun begitu, metode rawatan berasaskan aplikasi konsep al-Tafakkur menurut al-Sunnah masih kurang diperkukuhkan. Sehubungan itu, kajian ini dikemukakan bagi memenuhi keperluan kefahaman masyarakat Islam tentang dimensi kebebasan dan limitasi al-tafakkur menurut al-Sunnah. Pemurnian stigma yang sering mengaitkan metode al-tafakur dalam Islam sebagai adaptasi daripada amalan meditasi agama lain seperti Hindu turut menjadi skop utama kajian ini. Kajian ini adalah berasaskan metode kualitatif melalui pendekatan diskriptif. Hasil kajian ini mendapati bahawa Islam memiliki tatacara al-tafakkur atau kontemplasi tersendiri yang realistik. Kaedah al-tafakkur menurut al-Sunnah dilihat mempunyai fungsi holistik dan seimbang berbanding metode meditasi konvensional di dalam Transcendental Meditation, Yoga dan lain-lain metode rawatan psikoterapi bukan Islam. Kajian mendapati metode al-tafakkur menurut al-Sunnah adalah lebih berupaya berbanding meditasi komplimentari bukan Islam dalam memainkan peranan sebagai model psikoterapi alternatif khususnya bagi individu muslim.