Pencitraan keris sebagai kiasan keindahan budaya melayu dalam filem Rahim Razali / Siti Normala Hamzah, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad @ Ahamad, Prof. Madya Dr. Md Azalan Shah Md Syed

Kajian ini membicarakan mengenai pencitraan keris sebagai kiasan keindahan budaya Melayu dalam dua filem Rahim Razali iaitu Puteri (1987) dan Anak Sarawak (1989). Dalam pengaruh kebudayaan masyarakat Melayu, keris bukan sahaja merujuk kepada alatan senjata malah merupakan sebuah manifestasi seni yan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Normala, Hamzah (Author), Mohamad Saleeh, Rahamad @ Ahamad (Author), Md Azalan Shah, Md Syed (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Perak, 2020.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
View Fulltext in UiTM IR
Description
Summary:Kajian ini membicarakan mengenai pencitraan keris sebagai kiasan keindahan budaya Melayu dalam dua filem Rahim Razali iaitu Puteri (1987) dan Anak Sarawak (1989). Dalam pengaruh kebudayaan masyarakat Melayu, keris bukan sahaja merujuk kepada alatan senjata malah merupakan sebuah manifestasi seni yang memiliki nilai estetika yang tinggi serta cerminan nilai pemikiran, falsafah dan kebudayaan bagi masyarakat Melayu. Maka objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pencitraan budaya Melayu melalui pemaparan keris dalam kedua-dua filem tersebut yang sarat dengan falsafah dan kepercayaan masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan sosiologi sastera. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa unsur warna tempatan yang ditunjukkan melalui pencitraan keris dalam filem ini telah mengangkat aspek kepercayaan, mitos dan ritual yang menjadi asas kepada adat dan budaya Melayu. Selain itu, kedua-dua filem ini juga telah mendokumentasikan protes sosial masyarakat terutamanya mengenai pertentangan kelas antara pihak atasan dengan pihak bawahan dengan menggunakan keris sebagai wahana perjuangan.