Pengurusan emosi dalam surah Maryam ayat 21 hingga 26 / Siti Aisyah Yusof...[et al.]

Kertas kerja ini bertujuan mendedahkan kaedah pengurusan emosi menurut al-Quran. Umat Islam kini lebih cenderung untuk merujuk kaedah pengurusan emosi daripada sarjana Barat sehingga terlepas pandang panduan pengurusan emosi seperti yang digariskan oleh al-Quran. Walhal hakikatnya terdapat banyak ga...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yusof, Siti Aisyah (Author), Mohd Taher, Muhammad Saiful Islami (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah, 2012.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
View Fulltext in UiTM IR
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan mendedahkan kaedah pengurusan emosi menurut al-Quran. Umat Islam kini lebih cenderung untuk merujuk kaedah pengurusan emosi daripada sarjana Barat sehingga terlepas pandang panduan pengurusan emosi seperti yang digariskan oleh al-Quran. Walhal hakikatnya terdapat banyak garis panduan yang disediakan oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya yang beriman bagi menguruskan emosi dengan baik. Pengkaji berusaha meneliti ayat 21 hingga 26 Surah Maryam yang menceritakan bagaimana Sayyidah Maryam yang diberikan panduan oleh Allah pada saat beliau mengalami tekanan emosi semasa hamil. Hal ini demikian kerana beliau hamil tanpa berkahwin. Kajian ini menggunakan metode kajian perpustakaan dengan merujuk al-Quran, kitab tafsir, bukubuku dan sebagainya. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lima panduan pengurusan emosi yang berkesan yang telah dinyatakan oleh Allah dalam Surah Maryam. Pengkaji berharap kertas kerja ini dapat mendedahkan beberapa kaedah pengurusan emosi mengikut acuan Islam yang sebenar.