Penerokaan jenis cetakan mono di malaysia: satu analisis / Mazlan A. Karim and A. Rahman Mohamad

Perbincangan berkaitan penghasilan karya seni cetak khususnya di Malaysia jarang mendapat perhatian untuk dibincangkan secara mendalam dalam konteks sejarah perkembangan seni cetak itu sendiri. Penulisan ini merupakan cetusan dan rentetan daripada pengamatan penulis terhadap karya-karya cetakan mono...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: A. Karim, Mazlan (Author), Mohamad, A. Rahman (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Perlis, 2011-06.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
View Fulltext in UiTM IR
Description
Summary:Perbincangan berkaitan penghasilan karya seni cetak khususnya di Malaysia jarang mendapat perhatian untuk dibincangkan secara mendalam dalam konteks sejarah perkembangan seni cetak itu sendiri. Penulisan ini merupakan cetusan dan rentetan daripada pengamatan penulis terhadap karya-karya cetakan mono yang dipamerkan menerusi Pameran Seni Cetak: Ekxpression of Idea and Creativity yang diadakan di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya pada 23 Februari hingga 22 Mac 2010. Pameran tersebut memberikan fokus kepada cetakan tradisional seperti monoprin, cetakan kayu, sutera saring dan etching. Berlaku permasalahan 'misconcept' yang merujuk aspek teknikal membezakan antara dua jenis cetakan mono itu, seolah-olah kurang difahami oleh sebilangan pengkarya. Objektif penulisan ini ialah untuk memperinci dan membincangkan secara ilmiah bersandarkan sejarah perkembangan penerokaan pelukis terhadap aspek teknikal. Beberapa pelukis seni cetak kontemporari tanahair telah dipilih sebagai rujukan seperti Ponirin Amin, Juhari Said dan Rosiah Md. Noor. Mereka antara pelukis seni cetak selain daripada pelukis awal dalam sejarah perkembangan seni lukis Malaysia yang turut menerokai jenis cetakan mono ini seperti Lee Jor For, Seah Kim Joo dan TK Karan. Metodologi yang digunakan adalah gabungan antara kaedah pustaka dan kerja lapangan. Data sekunder diperolehi menerusi data bertulis dan gambar daripada pelbagai sumber bercetak seperti buku, majalah, katalog pameran dan juga sumber internet. Data-data kerja lapangan diperolehi menerusi kajian kes iaitu pemerhatian dan temu bual secara 'in-depth'. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan dari segi reka bentuk, teknik dan hasil cetak atau impression antara monotaip dan monoprin. Berlaku juga penerokaan terhadap bentuk karya cetakan mono yang lazimnya bersifat dua dimensi iaitu transisi dua dimensi kepada tiga dimensi menerusi aplikasi beberapa kaedah seperti casting dan paper pulp.