Kajian kes: sosio ekonomi penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Nahu, Sungai Petani Kedah / Azlyn Zawawi... [et al.]

Maklumat mengenai latar belakang, gaya hidup, dan tahap kesihatan masyarakat dalam sesebuah komuniti adalah penting dalam merasionalisasi sebarang program khidmat sosial dan kemasyarakatan. Ini termasuklah mengetahui latarbelakang penduduk komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) yang merupakan inisi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zawawi, Zawawi (Author), Azizan, Intan Syahriza (Author), Muhamad Hakimi, Irwana Nooridayu (Author), Rusli, Noorayuni (Author), Mohd Yusof, Noorlailahusna (Author), Zamhury, Nurulaini (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Teknologi MARA, Kedah, 2019.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
View Fulltext in UiTM IR
Description
Summary:Maklumat mengenai latar belakang, gaya hidup, dan tahap kesihatan masyarakat dalam sesebuah komuniti adalah penting dalam merasionalisasi sebarang program khidmat sosial dan kemasyarakatan. Ini termasuklah mengetahui latarbelakang penduduk komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) yang merupakan inisiatif kerajaan dalam merangka pembangunan golongan berpendapatan rendah (B40). PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula penduduk setinggan bagi memenuhi keperluan tempat kediaman golongan berpendapatan rendah. Objektif kajian tinjauan ini adalah penghasilan data analisa profail demografi dan sosio-ekonomi komuniti PPR Paya Nahu, di mana hasil dapatan kajian ini telah membantu pihak Malaysian Relief Agency (MRA) khususnya MRA Negeri Kedah dalam perancangan melibatkan komuniti PPR dan komuniti setempat. Jumlah keseluruhan responden yang menyertai kajian ini ialah seramai 300 orang. Kajian telah dilakukan secara kaedah tinjauan (survey). Terdapat dua bahagian utama di dalam alat kajian yang digunakan iaitu; bahagian a) maklumat demografik penduduk, dan b) bahagian kesihatan dan gaya hidup. Pengumpulan data kajian ini telah dijalankan pada bulan September 2018, dan proses penulisan dan analisis data telah dilengkapkan pada bulan Januari 2019. Kajian ini telah membantu pihak MRA Negeri Kedah di dalam inisiatif pembangunan masyarakat setempat amnya dan komuniti PPR Paya Nahu khususnya.