Potensi penggunaan dinar emas sebagai medium wakaf tunai: satu dapatan pakar / Che Khadijah Hamid ... [et al.]

Pada hakikatnya, sifat wang fiat yang diguna pakai pada hari ini tiada nilai hakiki dan menjadi suatu barangan komuniti. Sifat wang fiat sering dispekulasi, boleh dijual beli serta sewenang-wenangnya diturun naikkan nilai. Kelemahan yang nyata apabila nilainya tidak lagi disandarkan kepada instrumen...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamid, Che Khadijah (Author), Mat Hassam, Surita Hartini (Author), Fazial, Farahdina (Author), Yahya, Salimah (Author), Abdullah, Sakinatul Raadiyah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), 2020.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
View Fulltext in UiTM IR
Description
Summary:Pada hakikatnya, sifat wang fiat yang diguna pakai pada hari ini tiada nilai hakiki dan menjadi suatu barangan komuniti. Sifat wang fiat sering dispekulasi, boleh dijual beli serta sewenang-wenangnya diturun naikkan nilai. Kelemahan yang nyata apabila nilainya tidak lagi disandarkan kepada instrumen emas yang lebih stabil. Persoalan adakah masih wajar menjadikan wang fiat yang hanya bersifat "dayn" sebagai urusan keagamaan seperti ibadat wakaf tunai. Justeru bagi merungkai persoalan ini, artikel ini cuba mencadangkan agar penggunaan dinar emas sebagai medium wakaf tunai diketengahkan. Objektif utama artikel ini adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan dinar emas sebagai medium berwakaf. Kedua, untuk menganalisis ukuran potensi ke atas dinar emas sebagai medium wakaf tunai samaada dapat diperhalusi sejauhmana keperluannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data-data diperolehi hasil temubual pakar yang dipilih. Kemudian, data dianalisis menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati dari segi kekuatan terdapat 14 item yang diketengahkan mengenai kelebihan dinar emas sebagai medium berwakaf. Begitu juga, item yang diketengahkan berkenaan dengan kelemahan mempunyai kuantiti yang sama iaitu 14 item. Bagi tujuan potensi rata-rata pakar menyokong dinar emas berdasarkan sifat yang terdapat pada logam tersebut.