Kesan penambahan surfaktan tak-ionik kepada kompleks Al(III)-morin dalam penentuan aluminium (III) akues secara spektrofotometri

Dalam kajian ini, kesan surfaktan tak-ionik terhadap kompleks Al(III)-morin telah dijalankan. Surfaktan tak-ionik didapati telah meningkatkan bacaan serapan kompleks Al(III)-morin. Penambahan triton X-100 kepada kompleks Al(III)-morin telah membolehkan penentuan ion Al(III) dalam kuantiti submikrogr...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Faiz Bukhari Mohd Suah (Author), Musa Ahmad (Author), Lee, Yook Heng (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016-12.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Dalam kajian ini, kesan surfaktan tak-ionik terhadap kompleks Al(III)-morin telah dijalankan. Surfaktan tak-ionik didapati telah meningkatkan bacaan serapan kompleks Al(III)-morin. Penambahan triton X-100 kepada kompleks Al(III)-morin telah membolehkan penentuan ion Al(III) dalam kuantiti submikrogram pada pH4.00 dijalankan. Bacaan serapan maksimum adalah pada 425 nm dengan serapan molar, ε, 9.31 × 103 l.mol-1.cm-1. Graf kalibrasi bagi penentuan ion Al(III) adalah linear daripada 0.03 hingga 2.0 μg mL-1 dengan had pengesanan 0.015 μg mL-1 telah diperoleh dalam kajian ini. Sisihan ralat relatif (r.s.d) ialah 2.2% bagi kepekatan Al(III) 1.0 μg mL-1. Kesan penambahan ion lain terhadap kompleks Al(III)-morin turut dijalankan dan didapati ion Cu(II), Zn(II) dan Pb(II) memberi gangguan yang lebih berbanding ion-ion lain.