Masyarakat pribumi, infrastruktur sosial dan pembangunan terancang di Malaysia: kajian penglibatan masyarakat Orang Asli di RPS Air Banun, Belum-Temengor, Perak

Kemudahan infrastruktur sosial melibatkan penyediaan kemudahan, perkhidmatan dan rangkaian perhubungan yang penting bagi memenuhi keperluan asas manusia. Kemudahan infrastuktur yang sempurna yang disediakan untuk masyarakat menjadi lambang kemodenan, pembangunan dan perubahan. Penyediaan infrastrukt...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kamal Solhaimi Fadzil (Author), Wan Suzita Wan Ibrahim (Author), Siti Nor Awang (Author), Rosilawati Zainol (Author), Juli Edo (Author)
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016-08.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kemudahan infrastruktur sosial melibatkan penyediaan kemudahan, perkhidmatan dan rangkaian perhubungan yang penting bagi memenuhi keperluan asas manusia. Kemudahan infrastuktur yang sempurna yang disediakan untuk masyarakat menjadi lambang kemodenan, pembangunan dan perubahan. Penyediaan infrastruktur sosial di Malaysia adalah membanggakan semenjak negara mencapai kemerdekaan. Walaubagaimanapun, masih terdapat sesetengah masyarakat yang masih belum menerima kemudahan infrastruktur sosial yang sewajarnya. Kajian ini menilai keperluan infrastrukutur sosial yang disediakan kepada masyarakat Orang Asli di Malaysia. Data primer diperolehi daripada kajian di sembilan daripada 18 buah perkampungan Orang Asli di RPS Air Banun, Perak . Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesan pembangunan kemudahan sosial yang terdapat di kawasan penempatan komuniti Orang Asli di RPS Air Banun masih tidak mencukupi. Kerjasama dan perhatian daripada pihak berkepentingan amat diperlukan untuk memastikan mereka berupaya menerima kemudahan sosial asas sama seperti masyarakat Malaysia yang lain, terutama dalam konteks pembangunan terancang seperti terrungkap di dalam Pelan Induk Bersepadu bagi kawasan Hutan Tropikal Belum Temengor (IMP BTTR).