Pembinaan bangsa Malaysia (1): kajian empirikal tahap patriotisme belia

Tahap patriotisme dalam kalangan belia di Malaysia pada masa kini dikatakan masih rendah berdasarkan pelbagai kejadian semasa, malah amat sukar untuk meletakkan tahap yang sebenarnya secara saintifik atau ilmiah disebabkan tiada bukti konkrit. Objektif kajian ini adalah menentukan tahap patriotisme...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (Author), Shamsul Anuar Nasarah (Author), Zaheruddin Othman (Author)
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016-08.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Tahap patriotisme dalam kalangan belia di Malaysia pada masa kini dikatakan masih rendah berdasarkan pelbagai kejadian semasa, malah amat sukar untuk meletakkan tahap yang sebenarnya secara saintifik atau ilmiah disebabkan tiada bukti konkrit. Objektif kajian ini adalah menentukan tahap patriotisme belia di Malaysia berdasarkan aspek kefahaman terhadap sistem pentabiran negara, kebanggaan menjadi rakyat Malaysia, perasaan sayang kepada Malaysia, perasaan kekitaan atau memiliki terhadap negara, kesetiaan kepada negara, berdisiplin atau adab baik demi nama baik negara serta peningkatan produktiviti demi negara. Sebanyak 1500 sampel diambil dalam kalangan belia berumur antara 15 hingga 30. Analisis deskriptif dilakukan ke atas data daripada borang kaji selidik. Hasil kajian menunjukkan tahap patriotisme belia di Malaysia dalam kategori tinggi adalah sebanyak 73 peratus dengan nilai min sebanyak 7.26. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini adalah berbeza dengan hujah yang mengaitkan belia tidak patriotik berdasarkan pelbagai peristiwa berlaku di Malaysia. Kajian ini mencadangkan agar usaha kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (Belia) pada masa kini wajar diteruskan kerana ia dapat membentuk belia atau masyarakat yang berpatriotik.