Produktiviti berdasarkan orientasi input Sekolah Menengah Atas (SMA) di Kota Dumai-Riau-Indonesia

Pendidikan adalah salah satu cara yang paling penting dan efektif dalam membangunkan watak dan keperibadian anak bangsa. Jenis dan sekolah yang dipilih juga memberikan kesan dan pengaruh yang signifikan terhadap pendidikan. Oleh itu, sering didapati bahawa dalam penerimaan pelajar baharu setiap ibu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Arif Murti Rozamuri (Author), Nur Riza Mohd Suradi (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016-11.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Pendidikan adalah salah satu cara yang paling penting dan efektif dalam membangunkan watak dan keperibadian anak bangsa. Jenis dan sekolah yang dipilih juga memberikan kesan dan pengaruh yang signifikan terhadap pendidikan. Oleh itu, sering didapati bahawa dalam penerimaan pelajar baharu setiap ibu bapa menginginkan anaknya mendapatkan sekolah yang terbaik. Penilaian sekolah yang terbaik banyak dilakukan berdasarkan persepsi yang terbentuk dalam masyarakat daripada satu kaedah efektif pemasaran iaitu daripada mulut ke mulut. Melalui hal tersebut, sebuah kajian ilmiah perlu dilakukan untuk melihat produktiviti Sekolah Menengah Atas (SMA) di Kota Dumai sebagai panduan dan informasi bagi ibu bapa dan masyarakat untuk menentukan sekolah yang sesuai bagi anak-anak mereka. Dalam hal ini, data kajian diambil daripada Dinas Pendidikan Kota Dumai bagi tahun pengajian 2012/2013. Perkara yang akan dikaji ialah produktiviti sekolah berdasarkan orientasi input iaitu jumlah guru, jumlah siswa dan jumlah ruang belajar.