Gaya kepimpinan Ketua Platun PALAPES Universiti Kebangsaan Malaysia dan kepuasan kerja dalam fasa medan pertahanan: kajian kes di Mempaga, Bentong, Pahang

Gaya kepimpinan dilihat berperanan besar dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap kemantapan PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) Universiti Kebangsaan Malaysia dalam fasa Medan Pertahanan di Mempaga, Bentong Pahang. Gaya kepimpinan yang berkesan seringkali dilihat menyumbang kepada...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zaizul Ab. Rahman (Author), Khaidzir Hj. Ismail (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Gaya kepimpinan dilihat berperanan besar dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap kemantapan PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) Universiti Kebangsaan Malaysia dalam fasa Medan Pertahanan di Mempaga, Bentong Pahang. Gaya kepimpinan yang berkesan seringkali dilihat menyumbang kepada tahap kemantapan yang tinggi dan sebaliknya. Selari dengan itu, kertas kerja ini akan melihat hubungan antara gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja PALAPES UKM. Kajian dijalankan ke atas PALAPES Universiti Kebangsaan Malaysia. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kepuasan kerja antara jantina. Hasil kajian juga menunjukkan gaya kepimpinan yang demokratik menyumbang kepada kepuasan kerja yang tinggi manakala gaya kepimpinan autokratik dan laisse faire menyumbang kepada kepuasan kerja yang rendah. Kertas kerja ini akan juga membincangkan beberapa intervensi yang boleh dilakukan dalam meningkatkan kepuasan kerja PALAPES UKM dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan keprofesionalisme PALAPES UKM.