Penglibatan mahasiswa dalam E-Dagang: kajian kes di UKM

Peningkatan penggunaan komputer dewasa ini di samping kelajuan capaian internet telah membawa satu bentuk penjualan dan pembelian yang baharu, yang disebut E-Dagang. Sehingga hari ini, Malaysia telah mempunyai 25 juta pelanggan internet dengan lebih 42 juta pengguna telefon mudah alih. Dengan kepesa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norazila Mat (Author), Nurmaizura Marzuki (Author), Jamsari Alias (Author), Nur Atiqah Abdullah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Peningkatan penggunaan komputer dewasa ini di samping kelajuan capaian internet telah membawa satu bentuk penjualan dan pembelian yang baharu, yang disebut E-Dagang. Sehingga hari ini, Malaysia telah mempunyai 25 juta pelanggan internet dengan lebih 42 juta pengguna telefon mudah alih. Dengan kepesatan yang sedemikian, E-Dagang telah menjadi satu fenomena yang pesat membangun. Banyak kajian dilakukan untuk memahami E-Dagang ini, namun masih sedikit kajian tentang penglibatan pelajar, khususnya mahasiswa di dalam E-Dagang yang dilakukan. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tahap penglibatan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai peniaga dalam penggunaan E-Dagang. Seramai 160 orang responden telah dipilih dari UKM Kampus Bangi. Kaedah analisis deskriptif telah digunakan untuk menganalisis dapatan kajian. Hasil daripada kajian ini mendapati secara amnya penggunaan E-Dagang di kalangan pelajar adalah tinggi, namun peratus penglibatan diri di dalam perniagaan atas talian adalah masih kurang. Kertas ini seterusnya melihat faktorfaktor yang pendorong dan penghalang dalam E-Dagang serta akhirnya, mengusulkan cadangan peningkatan E-Dagang dalam kalangan mahasiswa.