Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran

Makalah ini mengemukakan Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad ke-21 yang telah dibangunkan hasil kajian kes melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) terhadap empat orang guru yang melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. Analisis t...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rohani Arbaa (Author), Hazri Jamil (Author), Mohammad Zohir Ahmad (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017-05.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Makalah ini mengemukakan Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad ke-21 yang telah dibangunkan hasil kajian kes melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) terhadap empat orang guru yang melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. Analisis tematik secara deduktif dan induktif dilakukan terhadap data yang diperoleh bagi mengenalpasti tema-tema penting berkaitan teknik pengajaran yang digunakan guru untuk menerapkan kemahiran abad ke-21 semasa PdP dijalankan. Tema-tema ini kemudiannya dibentang dan dipersetujui di dalam sesi 'debriefing' yang dihadiri empat orang pengkaji yang lain. Dapatan kajian menunjukkan elemen utama yang menentukan kejayaan penerapan kemahiran abad ke-21 ini adalah kearifan profesional guru. Kearifan profesional guru merupakan integrasi pengetahuan praktikal guru dalam melaksanakan aktiviti PdP dengan pengetahuan konteks di mana mereka berada, yang diperhalusi melalui amalan refleksi yang berterusan. Bersandarkan kearifan profesional yang dimiliki, penerapan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar dapat dilakukan apabila guru dapat mengintegrasikan kaedah pengajaran yang merangkumi pembelajaran koperatif, bilik darjah demokratik dan teknik motivasi yang bersesuaian. Pembelajaran koperatif akan menjadi lebih berjaya apabila guru turut mengamalkan ciri bilik darjah demokratik yang menekankan konsep kesamaan peluang, kebebasan bersuara serta perkongsian kuasa antara guru dan pelajar. Aktiviti PdP sebegini akan mampu meningkatkan motivasi dan keterlibatan pelajar di dalam bilik darjah dan sekaligus membina kemahiran yang diperlukan bagi mendepani cabaran abad ke-21.