Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

Di kawasan luar bandar, pengangkutan awam merupakan keperluan penting kepada penduduk khususnya kepada golongan yang tidak mempunyai pengangkutan persendirian. Namun begitu, setelah hampir 60 tahun kemerdekaan, perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar masih kurang memuaskan. Pihak berwa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mazdi Marzuki (Author), Rosmiza M.Z (Author), Jabil Mapjabil (Author), Nur Kalsom Md Isa (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Di kawasan luar bandar, pengangkutan awam merupakan keperluan penting kepada penduduk khususnya kepada golongan yang tidak mempunyai pengangkutan persendirian. Namun begitu, setelah hampir 60 tahun kemerdekaan, perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar masih kurang memuaskan. Pihak berwajib pula seolah-olah lepas tangan kepada pengusaha individu untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan ini. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan cadangan bagi memperkasakan lagi usahawan van sebagai perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar. Kajian dilakukan di Hulu Terengganu iaitu salah sebuah daerah di Negeri Terengganu. Seramai 146 orang responden yang terdiri daripada pengguna di kawasan luar bandar di Hulu Terengganu terlibat dalam penyelidikan ini. Persepsi pengguna berkaitan dengan kualiti pengangkutan van yang beroperasi di kawasan ini dinilai berdasarkan operasi perkhidmatan, kecekapan, pemanduan, ketersampaian, keselesaan, keboleharapan, keselamatan, kos dan kemudahan di terminal. Melalui hasil kajian beberapa cadangan dikemukakan untuk memperkasakan perkhidmatan pengangkutan van di kawasan kajian.