Religiositi sebagai faktor mediasi tingkah laku kerja muslim

Sorotan literatur mendapati bahawa tiada perkaitan yang jelas dan empirikal antara religiositi, personaliti dan tingkah laku kerja Muslim. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara empirikal hubungan antara personaliti, religiositi dan tingkah laku kerja dalam kalangan pentadbir Muslim di universit...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Amri Zainal Adnan (Author), Khairul Anwar Mastor (Author), Hasnan Kasan (Author), Firdaus Mohamad Hamzah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02442 am a22001573u 4500
001 11320
042 |a dc 
100 1 0 |a Ahmad Amri Zainal Adnan,   |e author 
700 1 0 |a Khairul Anwar Mastor,   |e author 
700 1 0 |a Hasnan Kasan,   |e author 
700 1 0 |a Firdaus Mohamad Hamzah,   |e author 
245 0 0 |a Religiositi sebagai faktor mediasi tingkah laku kerja muslim 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2017. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/11320/1/18547-52568-1-SM.pdf 
520 |a Sorotan literatur mendapati bahawa tiada perkaitan yang jelas dan empirikal antara religiositi, personaliti dan tingkah laku kerja Muslim. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara empirikal hubungan antara personaliti, religiositi dan tingkah laku kerja dalam kalangan pentadbir Muslim di universiti awam Malaysia. Tiga instrument digunakan dalam pengukuran pembolehubah kajian iaitu NEO Five Factor Inventory (NEO FFI), Muslim Religiosity Personality Inventory (MRPI) dan Inventori Tingkah Laku Kerja Muslim (ITKM). Responden terdiri daripada 228 orang pentadbir dari lima institusi pengajian tinggi awam tempatan. Analisis korelasi, regresi dan mediasi digunakan untuk mengenalpasti hubungan antara ketiga-tiga pembolehubah tersebut. Analisis korelasi antara ketiga-tiga pembolehubah mendapati bahawa hanya tret personaliti Neuroticism (r = -.21), Extraversion (r = .19) dan Conscientiousness (r = .22) mempunyai hubungan yang signifikan dengan religiositi. Ketiga-tiga tret ini juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan Tingkah Laku Kerja Muslim. Tret Neuroticism (r = -.32), Extraversion (r = .29) dan Conscientiousness (r = .22) juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku kerja Muslim. Analisis regresi menunjukkan bahawa tret Neuroticism, Extraversion, dan religiositi adalah faktor peramal kepada tingkah laku kerja Muslim secara signifikan [F(3,224) = 22.31, p < .05]. Analisis mediasi menunjukkan religiositi menjadi separa-perantara secara signifikan antara tret Neuroticism dengan tingkah laku kerja Muslim (B = -0.29; CI = -0.65 hingga -0.85) dan antara tret Extraversion dengan tingkah laku kerja Muslim (B = 0.28; CI = 0.08 hingga 0.58). Kajian ini mengesahkan peranan religiositi sebagai perantara kepada personaliti dan tingkah laku kerja Muslim serta menunjukkan kepentingan religiositi dalam mencorakkan tingkah laku kerja dalam kalangan pentadbir Muslim di universiti-universiti awam. 
546 |a en