Kesan suhu pensinteran terhadap sifat mekanik dan mikrostruktur alumina-zirkonia yang difabrikasi dengan kaedah pengacuan suntikan seramik

Kesan suhu pensinteran terhadap sifat mekanik dan mikrostruktur bahan komposit alumina-zirkonia telah dikaji. Jasad hijau alumina-zirkonia difabrikasi dengan menggunakan kaedah pengacuan suntikan seramik menggunakan sistem bahan pengikat pelbagai komponen. Jasad perang yang terhasil selepas proses p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sarizal Md Ani (Author), Andanastuti Muchtar (Author), Norhamidi Muhamad (Author), Jaharah A. Ghani (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017-10.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kesan suhu pensinteran terhadap sifat mekanik dan mikrostruktur bahan komposit alumina-zirkonia telah dikaji. Jasad hijau alumina-zirkonia difabrikasi dengan menggunakan kaedah pengacuan suntikan seramik menggunakan sistem bahan pengikat pelbagai komponen. Jasad perang yang terhasil selepas proses penyahikatan disinter pada suhu 1400, 1450, 1500, 1550, 1600 dan 1650°C selama 2 jam. Selanjutnya nilai ketumpatan, kekerasan dan keliatan patah bagi jasad tersinter diukur. Mikrostruktur jasad tersinter ditentukan dengan menggunakan mikroskop imbasan elektron (SEM). Kajian menunjukkan nilai ketumpatan, kekerasan dan keliatan patah bagi jasad tersinter meningkat sejajar dengan peningkatan suhu pensinteran. Hasil uji kaji juga mendapati pada suhu pensinteran 1650°C sifat mekanik bahan mencapai keadaan maksimum. Penumpatan jasad tersinter 98% menghampiri ketumpatan teori dengan nilai kekerasan 16.9 GPa dan keliatan patah mencecah 3.95 MPa.m1/2. Keputusan tersebut dapat dikaitkan dengan mikrostruktur bahan yang padat didorong oleh tumbesaran ira yang lengkap.