Pembingkaian visual berita krisis Lahad Datu

Visual memainkan peranan penting dalam memberi gambaran yang jelas tentang sesuatu kejadian kepada khalayak. Visual boleh dianggap sebagai alat komunikasi yang berkuasa untuk mencetuskan tindakbalas emosi yang tinggi dan boleh diingati berbanding perkataan semata-mata. Penggunaan visual dalam pelapo...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Normah Mustaffa (Author), Faridah Ibrahim (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02078 am a22001333u 4500
001 11735
042 |a dc 
100 1 0 |a Normah Mustaffa,   |e author 
700 1 0 |a Faridah Ibrahim,   |e author 
245 0 0 |a Pembingkaian visual berita krisis Lahad Datu 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2018. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/11735/1/23593-73013-1-PB.pdf 
520 |a Visual memainkan peranan penting dalam memberi gambaran yang jelas tentang sesuatu kejadian kepada khalayak. Visual boleh dianggap sebagai alat komunikasi yang berkuasa untuk mencetuskan tindakbalas emosi yang tinggi dan boleh diingati berbanding perkataan semata-mata. Penggunaan visual dalam pelaporan sesuatu berita krisis berupaya membantu khalayak untuk lebih memahami sesuatu peristiwa yang berlaku. Artikel ini bertujuan mengenal pasti pembingkaian visual dalam liputan berita krisis Lahad Datu yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis visual yang dipaparkan dalam kedua-dua akhbar dalam tempoh masa 20 hari iaitu bermula 1 hingga 20 Mac 2013. Kajian ini menggunakan model pembingkaian visual yang dipelopori oleh Rodriguez dan Dimitrova (2011) yang mencadangkan model empat tahap bingkai visual iaitu pertama, visual sebagai sistem denotatif; kedua, visual sebagai sistem semiotik-stilistik; ketiga, visual sebagai sistem konotatif; dan visual sebagai perwakilan ideologi. Sistem ini boleh diaplikasikan untuk menganalisis sebarang jenis kandungan visual media atau persepsi khalayak terhadap kandungan tersebut. Hasil kajian mendapati kedua-dua akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian menggunakan sistem denotatif dalam melaporkan visual tentang berita krisis Lahad Datu ini. Dua bingkai utama yang ditonjolkan adalah bingkai politik dan kemanusiaan manakala bingkai pemimpin mendominasi liputan visual dalam konteks berita krisis ini. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kedua-dua akhbar turut menggunakan sumber visual dari agensi antarabangsa seperti Associated Press (AP), AFP dan Reuters. 
546 |a en