Kajian jati diri kakitangan dalam organisasi Universiti Kebangsaan Malaysia

Isu jati diri merupakan aspek penting dalam organisasi untuk memupuk penglibatan dan rasa setia individu terhadap organisasi. Berlandaskan konsep jati diri, kajian ini bertujuan untuk mengetahui konsep jati diri dalam kalangan warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di mana hasil kajian ini akan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Fariza Mohd Nor (Author), Harith Faruqi Sidek (Author), Raja Noor Azri Raja Noor Afandi (Author), Mohd Hanafiah Omar (Author), Hazelina Ghazaly (Author), Mohd Yazid Abzal Khan (Author), Zulhaidi Amil (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017-11.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Isu jati diri merupakan aspek penting dalam organisasi untuk memupuk penglibatan dan rasa setia individu terhadap organisasi. Berlandaskan konsep jati diri, kajian ini bertujuan untuk mengetahui konsep jati diri dalam kalangan warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di mana hasil kajian ini akan dapat mengenal pasti perkara yang perlu dilakukan untuk memupuk perasaan jati diri terhadap UKM. Teori yang mendasari kajian ini ialah teori Identiti Sosial (Turner & Tajfel, 1979). Kajian ini mensasarkan penyertaan warga kerja di peringkat pengurusan tertinggi dan profesional, ahli-ahli akademik dan kakitangan pelaksana. Instrumen kajian ialah sesi tembual. Soalan termubual dibangunkan berdasarkan tiga konstruk jati diri, iaitu setia, sayang dan bangga. Analisis data menunjukkan terdapat pemahaman jati diri yang berbeza dalam kalangan kakitangan UKM di mana ianya bergantung kepada jawatan kumpulan sasar tersebut. Walaupun terdapat perbezaan di mana segilintir responden bersedia untuk meninggalkan UKM sekiranya mereka mendapat tawaran yang lebih baik dari organisi luar, secara umum kakitangan UKM mempunyai semangat setia, sayang dan bangga yang agak tinggi dan positif terhadap UKM. Kajian lanjut pada masa hadapan boleh dilakukan bagi merungkai permasalahan yang timbul dalam kalangan warga UKM agar usaha memperkukuh jati diri UKM dapat dilaksanakan dengan lebih mantap dan komprehensif.