Tahap kesediaan guru cemerlang Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional di sekolah menengah di negeri Melaka

Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) merupakan pendekatan baharu yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan GCBM terhadap pelaksanaan KPP ini di sekolah menengah di negeri Melaka. Tahap kesediaan diukur berdasarkan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ezwafahmey Ahmad Kusaini (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018-05.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) merupakan pendekatan baharu yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan GCBM terhadap pelaksanaan KPP ini di sekolah menengah di negeri Melaka. Tahap kesediaan diukur berdasarkan tiga konstruk utama, iaitu (i) menilai dan menyelia pengajaran guru, (ii) menyelaras kurikulum dan (iii) memantau pencapaian akademik pelajar. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik dijalankan terhadap semua 44 orang GCBM sekolah menengah di negeri Melaka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa GCBM sangat bersedia untuk menyokong pelaksanaan dan pembudayaan KPP di sekolah menengah. Justeru, langkah KPM memperkenalkan KPP dalam membantu meningkatkan kualiti dan pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah adalah tepat pada masanya.