Persepsi dan pengaruh Arab Spring terhadap gerakan Angkatan Belia Islam Malaysia

Sejak penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) seawal 1970an, ABIM sememangnya cakna terhadap isu-isu global di Timur Tengah, bermula daripada peristiwa Perang Arab-Israel 1973, Revolusi Iran 1979 dan seterusnya kepada peristiwa kebangkitan rakyat Arab 2011. Namun demikian, timbul polemik nega...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Irwan Syazli Saidin (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02229 am a22001213u 4500
001 11950
042 |a dc 
100 1 0 |a Mohd Irwan Syazli Saidin,   |e author 
245 0 0 |a Persepsi dan pengaruh Arab Spring terhadap gerakan Angkatan Belia Islam Malaysia 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2018. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/11950/1/17489-73988-1-PB.pdf 
520 |a Sejak penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) seawal 1970an, ABIM sememangnya cakna terhadap isu-isu global di Timur Tengah, bermula daripada peristiwa Perang Arab-Israel 1973, Revolusi Iran 1979 dan seterusnya kepada peristiwa kebangkitan rakyat Arab 2011. Namun demikian, timbul polemik negatif di media sosial berhubung kaitan di antara Arab Spring dengan gerakan Islam di Malaysia setelah berlaku beberapa insiden bantahan awam dan protes politik (Bersih) yang melibatkan ahli-ahli gerakan Islam termasuk ABIM sekitar 2011-2015. Kebimbangan berhubung isu di atas telah disuarakan oleh pihak kerajaan namun sejauh mana perkaitan di antara Arab Spring dengan gerakan Islam di Malaysia, khususnya ABIM masih belum terjawab. Justeru, artikel ini meninjau persepsi ahli gerakan ABIM terhadap fenomena Arab Spring di Timur Tengah dan Afrika Utara yang meletus pada awal 2011. Di samping itu, pengaruh daripada peristiwa ini terhadap isu demokrasi, kestabilan politik dan kesederhanaan (wasatiyyah) dari kaca mata aktivis ABIM turut dinilai. Kajian dilakukan menerusi pendekatan kuantitatif yang melibatkan tinjauan soal selidik terhadap 80 ahli-ahli berdaftar dan aktif ABIM. Selain itu, temu bual bersemuka turut dilaksanakan terhadap pimpinan dan aktivis terpilih ABIM di sekitar Selangor dan Perak. Dapatan kajian mendedahkan bahawa kesemua 80 aktivis terpilih ABIM peka terhadap peristiwa Arab Spring dengan tanggapan bahawa ianya merupakan suatu revolusi politik yang menyeluruh terhadap kediktatoran pemimpin kuku besi di negara-negara Arab yang terlibat. Pasca peristiwa Arab Spring turut mempengaruhi responden dari sudut penerimaan terhadap pilihan raya dan demokrasi sebagai medium terbaik untuk menentukan percaturan politik negara di samping pandangan terhadap isu kesederhanaan dan kestabilan politik serantau. 
546 |a en