Infeksi Mycobacterium tuberculosis: data demografi dan perbandingan ujian kerentanan anti-tuberkulosis

Tuberkulosis merupakan masalah utama dalam kesihatan awam di kebanyakan negara membangun termasuklah Malaysia. Di Malaysia, bilangan kes kematian disebabkan tuberkulosis menurun tetapi yang membimbangkan adalah apabila terdapat peningkatan kes kerintangan Mycobacterium tuberculosis terhadap ubat-uba...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noraziah Mohamad Zin (Author), Alfizah Hanafiah (Author), Nur Hidayah Masod (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018-03.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02604 am a22001453u 4500
001 12037
042 |a dc 
100 1 0 |a Noraziah Mohamad Zin,   |e author 
700 1 0 |a Alfizah Hanafiah,   |e author 
700 1 0 |a Nur Hidayah Masod,   |e author 
245 0 0 |a Infeksi Mycobacterium tuberculosis: data demografi dan perbandingan ujian kerentanan anti-tuberkulosis 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2018-03. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/12037/1/15%20Noraziah%20Mohamad%20Zin.pdf 
520 |a Tuberkulosis merupakan masalah utama dalam kesihatan awam di kebanyakan negara membangun termasuklah Malaysia. Di Malaysia, bilangan kes kematian disebabkan tuberkulosis menurun tetapi yang membimbangkan adalah apabila terdapat peningkatan kes kerintangan Mycobacterium tuberculosis terhadap ubat-ubatan sedia ada. Dalam kajian ini, data demografik pesakit telah dianalisis dan kerintangan M. tuberculosis terhadap agen anti-tuberkulosis (Isoniazid, Streptomycin, Rifampicin dan Ethambutol) telah dikenal pasti dengan menggunakan ujian kerentanan plat MYCOTB. Sejumlah 40 pencilan klinikal M. tuberculosis yang dipencil daripada pesakit di PPUKM telah dipilih secara rawak. Dalam kalangan pesakit tuberkulosis, seramai 62.5% adalah lelaki (purata umur: 36.9+17.9 tahun) manakala 37.5% adalah wanita (purata umur: 42.6+16.6 tahun). Pesakit berbangsa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 60%, diikuti pesakit India 15%, Cina 5% dan lain-lain bangsa 20%. Pemencilan M. tuberculosis daripada sampel klinikal adalah masing-masing 60%, 17.5%, 7.5%, 7.5%, 5% dan 2.5% daripada kahak, aspirat trakea, nanah, darah, larvaj bronkoalveolar dan tisu. Ini berhubung kait dengan pesakit Tuberculosis yang majoritinya (67.5%) hadir dengan simptom batuk berpanjangan. Keputusan ujian kerentanan antara MYCOTB dan BACTEC MGIT 960 telah dibandingkan. Purata masa yang diperlukan untuk ujian kerentanan anti-TB menggunakan plat MYCOTB dan BACTEC MGIT 960 ialah masing-masing 2 dan 40.5 minit. Kos setiap sampel bagi plat MYCOTB dan BACTEC MGIT 960 adalah masing-masing RM16.65 dan RM42.87. Sebagai kesimpulan, berdasarkan data demografik, jangkitan TB dalam kalangan pesakit lelaki kaum Melayu adalah yang tertinggi sementara kahak merupakan spesimen yang paling banyak diterima. Penggunaan plat MYCOTB adalah lebih baik berbanding BACTEC MGIT 960 dan keputusan ujian kerentanan menunjukkan pencilan klinikal tersebut adalah 100% rentan kepada agen anti-TB yang diuji. Data yang diperoleh boleh digunakan sebagai maklumat dalam pengemaskinian panduan diagnosis dan rawatan TB pada masa hadapan. 
546 |a en