Pengoptimuman parameter untuk penurunan diimida getah asli cecair dalam sistem hidrazin hidrat/hidrogen peroksida menggunakan kaedah rangsangan permukaan (RSM)

Getah asli cecair (LNR) dihasilkan daripada proses penyahpolimeran getah asli yang menghasilkan rantaian polimer lebih pendek dan berat molekular kurang daripada 105. Namun, LNR masih mempamerkan tahap degradasi dan ketahanan termal yang rendah seperti getah asli, disebabkan oleh kehadiran ikatan ka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Jefri Mohd Yusof (Author), Nur Aidasyakirah Mohd Tahir (Author), Fazira Firdaus (Author), Siti Fairus M. Yusoff (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018-09.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02218 am a22001573u 4500
001 12394
042 |a dc 
100 1 0 |a Muhammad Jefri Mohd Yusof,   |e author 
700 1 0 |a Nur Aidasyakirah Mohd Tahir,   |e author 
700 1 0 |a Fazira Firdaus,   |e author 
700 1 0 |a Siti Fairus M. Yusoff,   |e author 
245 0 0 |a Pengoptimuman parameter untuk penurunan diimida getah asli cecair dalam sistem hidrazin hidrat/hidrogen peroksida menggunakan kaedah rangsangan permukaan (RSM) 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2018-09. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/12394/1/13%20Muhammad%20Jefri%20Mohd%20Yusof.pdf 
520 |a Getah asli cecair (LNR) dihasilkan daripada proses penyahpolimeran getah asli yang menghasilkan rantaian polimer lebih pendek dan berat molekular kurang daripada 105. Namun, LNR masih mempamerkan tahap degradasi dan ketahanan termal yang rendah seperti getah asli, disebabkan oleh kehadiran ikatan karbon ganda dua pada rantaian polimer. Dalam kajian ini, penurunan diimida menggunakan pengoksidaan hidrazin hidrat dengan hidrogen peroksida dijalankan untuk menghidrogenkan unit tidak tepu LNR. LNR terhidrogen (HLNR) dicirikan menggunakan spektrometer infra-merah (FTIR) dan spektrometer resonans magnetik nuklear (NMR). Pengoptimuman parameter tindak balas dilakukan dengan memanipulasi parameter masa dan suhu tindak balas berdasarkan kaedah rangsangan permukaan (RSM) dengan 5-aras-2-faktor reka bentuk komposit putaran tengah (CCRD). Satu model kuadratik yang signifikan telah dihasilkan untuk menghubungkan dua parameter tersebut dengan nilai R2 adalah 0.9986, menunjukkan bahawa model yang terhasil adalah sangat sepadan dengan data uji kaji. Keputusan kajian menunjukkan bahawa peratus penghidrogenan boleh ditingkatkan sehingga 91.2%. Seterusnya, berdasarkan RSM, parameter yang optimum bagi penurunan diimida LNR ini didapati pada suhu 55.9oC selama 6.7 jam, menghasilkan 80.2% HLNR. Kajian ini telah menunjukkan reka bentuk uji kaji secara statistik yang novel bagi menghidrogenkan LNR. Pelbagai variasi peratus penghidrogenan produk HLNR dalam kajian ini menyumbang kepada lebih banyak aplikasi produk yang memerlukan peratusan ketepuan unit yang tertentu. 
546 |a en