Kesejahteraan hidup warga emas: perancangan berasaskan gender

Malaysia dijangka akan menghadapi fenomena menua tahun 2030. Pada tahun 2020 sahaja, warga tua di Malaysia dijangka mencecah 3.21 juta orang. Arus modenisasi banyak mengubah struktur keluarga di Malaysia sehingga perancangan masa hadapan dilihat penting dalam kehidupan. Pertimbangan dalam menempuh k...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Syakiran Akmal Ismail (Author), Norehan Abdullah (Author), Kalthum Hassan (Author), Shamzaeffa Samsudin (Author), Ummu Atiyah Ahmad Zakuan (Author), Rohana Yusof (Author), Nurzalyna Mohamed Zaki (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Malaysia dijangka akan menghadapi fenomena menua tahun 2030. Pada tahun 2020 sahaja, warga tua di Malaysia dijangka mencecah 3.21 juta orang. Arus modenisasi banyak mengubah struktur keluarga di Malaysia sehingga perancangan masa hadapan dilihat penting dalam kehidupan. Pertimbangan dalam menempuh kehidupan waktu tua adalah penting untuk masa hadapan bagi mencapai kesejahteraan hidup. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti keutamaan penyusunan hidup masa tua bagi lelaki dan wanita di Malaysia. Skop kajian ini meliputi tiga wilayah koridor ekonomi (NCER, ECER dan Iskandar) dan bancian yang dibuat terhadap bakal warga emas yang dipilih secara persampelan rawak berstrata. Sejumlah 1153 responden berbangsa Melayu yang terdiri daripada kumpulan umur 40-59 tahun telah berjaya diperolehi dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan pilihan kehidupan masa tua antara lelaki dan wanita. Berbanding lelaki, responden wanita didapati lebih cenderung untuk tinggal bersama anak-anak berbanding tinggal bersendirian sebagai pilihan kedua. Responden lelaki tidak berminat untuk tinggal di institusi pondok, berbanding wanita yang menganggap tinggal di pondok sebagai salah satu alternatif pilihan hidup bagi meningkatkan pengetahuan agama mereka. Walau bagaimanapun, keseluruhan kajian menunjukkan responden lebih memberi keutamaan untuk tinggal di kediaman sendiri berdasarkan faktor keselesaan untuk diri mereka. Oleh itu, hasil kajian ini dapat menyumbang idea kepada pihak berwajib dalam merancang dasar-dasar yang sesuai untuk bakal warga emas masa hadapan.