Model kecemerlangan prestasi berasaskan nilai teras: kesan faktor dalaman dan luaran terhadap prestasi universiti awam

Model Kecemerlangan Prestasi berasaskan Nilai Teras (Value-Based Total Performance Excellence Model, VBTPEM) merupakan satu daripada alat pengukur prestasi organisasi secara keseluruhan yang menekankan kepada pengukuran aspek-aspek tidak zahir, iaitu nilai-nilai teras organisasi. Dalam makalah ini,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fairuz Azizi Abdullah (Author), Idayuwati Abdullah@Ab Rahma (Author), Nur Jumaadzan Zaleha Mamat (Author), Zainol Mustafa (Author), Nur Riza Mohd Suradi (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018-07.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Model Kecemerlangan Prestasi berasaskan Nilai Teras (Value-Based Total Performance Excellence Model, VBTPEM) merupakan satu daripada alat pengukur prestasi organisasi secara keseluruhan yang menekankan kepada pengukuran aspek-aspek tidak zahir, iaitu nilai-nilai teras organisasi. Dalam makalah ini, prestasi universiti awam diukur berasaskan faktor dalaman meliputi nilai kepimpinan, pengurusan sumber dan budaya, dan juga faktor luaran, iaitu nilai pihak-pihak berkepentingan. Sebelas buah uinversiti awam telah mengambil bahagian dalam satu tinjauan pengukuran nilai-nilai teras menggunakan borang soal selidik. Kajian ini menggunakan perisian SmartPLS untuk mengkaji hubungan faktor-faktor yang dinyatakan dan prestasi Keputusan daripada analisis PPS-KDTS yang dijalankan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara nilai-nilai dalam pengurusan sumber dan prestasi universiti awam, dengan nilai-nilai budaya organisasi sebagai pemboleh ubah pengantara serta wujud hubungan tidak langsung yang signifikan antara nilai-nilai kepimpinan dan prestasi universiti awam melalui nilai-nilai pihak berkepentingan.