Kaedah rawatan membagih di Kampung Pasir Mas, Kelantan

Makalah ini membincangkan perubatan tradisional Melayu yang berfokus terhadap kaedah rawatan membagih yang popular di Kampung Pasir Mas Kelantan. Kaedah rawatan membagih amat unik kerana tidak memerlukan sebarang peralatan muzik tradisional, tiada nyanyian serta tidak mempunyai persembahan tarian. P...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azlina Musa (Author), Yusmilayati Yunos (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018-10.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02201 am a22001333u 4500
001 13133
042 |a dc 
100 1 0 |a Azlina Musa,   |e author 
700 1 0 |a Yusmilayati Yunos,   |e author 
245 0 0 |a Kaedah rawatan membagih di Kampung Pasir Mas, Kelantan 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2018-10. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/13133/1/28670-87563-1-SM.pdf 
520 |a Makalah ini membincangkan perubatan tradisional Melayu yang berfokus terhadap kaedah rawatan membagih yang popular di Kampung Pasir Mas Kelantan. Kaedah rawatan membagih amat unik kerana tidak memerlukan sebarang peralatan muzik tradisional, tiada nyanyian serta tidak mempunyai persembahan tarian. Proses rawatan membagih dijalankan di hadapan khalayak penonton yang memerlukan satu ruang kecil seperti ruang tamu. Kaedah rawatan ini melibatkan pengamal perubatan yan dikenali sebagai Tok Bagih dan pembantunya yang dikenali sebagai jurubangso. Makalah ini bertujuan meneliti upacara rawatan membagih untuk mengubati penyakit angin kejiwaan dan penyakit bukan angin kejiwaan. Di samping itu, makalah ini menjelaskan upacara 'menyiruk' penyakit yang ditanggung oleh pesakit. Data dan maklumat penulisan makalah ini diperoleh melalui kajian lapangan seperti pemerhatian turut serta, temu bual bersama Tok Bagih, jurubangso dan pesakit yang dirawat. Kajian kepustakaan turut dilakukan bagi memperoleh maklumat awal berkenaan tajuk ini. Dapatan penulisan ini menunjukkan berlaku proses menurun semasa rawatan dijalankan dan tok bageh memerlukan jurubangso sebagai pengantara rawatan. Penulisan ini juga mendapati terdapat beberapa bahan rawatan yang perlu disediakan oleh keluarga pesakit semasa rawatan dijalankan iaitu bertih, sirih pinang, kapur, buah pinang, air mentah, air mentah yang direndamkan dengan bedak sejuk, telur dadar, telur, pulut kuning semangat, beberapa biji pisang lemak manis, bunga melur, kemenyan, benang mentah, bedak sejuk, duit pengeras RM 2.25 sen, beras kunyit, bantal. Melalui pendokumentasian ini diharapkan kaedah rawatan secara membagih dapat diperkenalkan kepada masyarakat umum dan dapat menyumbang kepada bidang kajian perubatan tradisional masyarakat Melayu. 
546 |a en