Komunikasi strategik dan peranannya untuk mewujudkan komunikasi berkesan dalam organisasi

Kertas konsep ini membincangkan kepentingan komunikasi strategik dalam organisasi. Komunikasi strategik merupakan komunikasi berencana, terancang dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi. Komunikasi perlu dilihat sebagai suatu yang konstitutif, berlandaskan perancangan yang teliti, pelaksana...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Maizatul Haizan Mahbob (Author), Nik Anis Syakira Megat Ali (Author), Wan Idros Wan Sulaiman (Author), Wan Amizah Wan Mahmud (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kertas konsep ini membincangkan kepentingan komunikasi strategik dalam organisasi. Komunikasi strategik merupakan komunikasi berencana, terancang dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi. Komunikasi perlu dilihat sebagai suatu yang konstitutif, berlandaskan perancangan yang teliti, pelaksanaan yang berhati-hati serta penilaian yang berterusan. Dalam konteks kertas ini, sorotan literatur telah dibuat dan disintesiskan mengikut tema tertentu. Antaranya ialah perbincangan tentang skop komunikasi strategik yang boleh dilihat dalam konteks pendekatan, model dan konsep. Skop yang dibincangkan adalah pelbagai iaitu daripada suatu yang bersifat umum hinggalah kepada suatu yang bersifat khusus. Tema seterusnya yang disoroti ialah peranan komunikasi strategik dalam organisasi. Peranannya yang paling banyak dibincangkan ialah untuk mencari solusi dalam isu komunikasi keorganisasian, diikuti meningkatkan morale pekerja dan mengurangkan konflik emosi, menguruskan reputasi sektor awam dengan berkesan dan mendorong kepada proses perubahan keorganisasian. Komunikasi strategik turut dilihat dari perspektif keberkesanan komunikasi dan impaknya kepada organisasi. Dalam konteks ini, kajian lepas banyak membincangkan tentang elemen yang terkandung dalam komunikasi strategik yang mendorong kepada pencapaian komunikasi berkesan. Antaranya ialah pola komunikasi yang digunakan iaitu baik berupa arah komunikasi, saluran komunikasi, kandungan komunikasi dan gaya komunikasi. Aspek lain yang dilihat ialah peranan kepimpinan, hubungan interpersonal, perancangan, pelaksanaan dan penilaian komunikasi.