Kemandirian wanita dan ekonomi Kelantan: satu analisis autobiografi terhadap novel Wajah Seorang Wanita

Makalah ini menumpukan kajian terhadap kepengarangan S. Othman Kelantan yang mengangkat bentuk penulisan autobiografi dalam novel Wajah Seorang Wanita (1990). Terdapat dua perkara yang diketengahkan iaitu watak wanita yang bersifat autonomi serta ekonomi masyarakat Kelantan dekad 90-an. Pemeragaan k...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tuan Rusmawati Raja Hassan (Author), Mawar Safei (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018-11.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02024 am a22001333u 4500
001 13256
042 |a dc 
100 1 0 |a Tuan Rusmawati Raja Hassan,   |e author 
700 1 0 |a Mawar Safei,   |e author 
245 0 0 |a Kemandirian wanita dan ekonomi Kelantan: satu analisis autobiografi terhadap novel Wajah Seorang Wanita 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2018-11. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/13256/1/28596-89100-1-PB.pdf 
520 |a Makalah ini menumpukan kajian terhadap kepengarangan S. Othman Kelantan yang mengangkat bentuk penulisan autobiografi dalam novel Wajah Seorang Wanita (1990). Terdapat dua perkara yang diketengahkan iaitu watak wanita yang bersifat autonomi serta ekonomi masyarakat Kelantan dekad 90-an. Pemeragaan kedua-dua isu ini sebagai bahan penceritaan dalam karya, berkait rapat dengan latar peribadi pengarang. Ia dikesani menerusi pemeragaan watak utamanya iaitu Siti Musalmah yang diambil tipa induknya daripada ibu S. Othman Kelantan sendiri iaitu Nik Sharifah, serta pengalaman hidup beliau sebagai penduduk di Wakaf Tuk Kassim, Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan dijadikan sumber inspirasi dan disaring kembali ke dalam novel. Menariknya, novel ini masih mengekalkan unsur imaginasi, kreativiti dan inovasi. Kerangka kajian ini memanfaatkan Gagasan Profetik oleh Kuntowijoyo (2004). Pertimbangan menerusi rumus profetik memperlihatkan kedudukan watak wanita menurut kanta Islam dengan berpandukan terhadap salah satu daripada tiga etika iaitu nahi mungkar. Perbahasan menggunakan etika nahi mungkar menunjukkan langgam kepengarangan S. Othman Kelantan yang memperlihatkan kemandirian watak wanita dalam mendepani isu ketidakadilan ekonomi dalam negara dan ketidakadilan gender dalam kerjaya. Kajian ini merumuskan bahawa S. Othman Kelantan bukan sahaja mengangkat isu keprofetikan terhadap watak wanita dalam novel, malahan sifat tersebut juga sangat terserlah melalui karya dan aspek latar diri pengarang sehingga merentas kepada akar tradisi Melayu- Islamnya. 
546 |a en