Pelaksanaan terapi tingkah laku kognitif dalam program pemulihan terapeutik berasas institusi untuk remaja hamil luar nikah

Terapi Tingkah Laku Kognitif (Cognitive Behavioral Therapy atau CBT) adalah satu komponen penting dalam pemulihan remaja yang terlibat dengan salah laku seks. CBT menstruktur semula kapasiti pemikiran mereka bagi mengawal tingkah laku antisosial mereka. Satu kajian kualitatif mendalam telah dilakuka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Hajar Abu Bakar Ah (Author), Haris Abdul Wahab (Author), Siti Balqis Mohd Azam (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Terapi Tingkah Laku Kognitif (Cognitive Behavioral Therapy atau CBT) adalah satu komponen penting dalam pemulihan remaja yang terlibat dengan salah laku seks. CBT menstruktur semula kapasiti pemikiran mereka bagi mengawal tingkah laku antisosial mereka. Satu kajian kualitatif mendalam telah dilakukan di sebuah institusi awam kanak-kanak perempuan untuk meneliti praktis CBT. Seramai sepuluh orang remaja hamil luar nikah telah ditemu bual secara mendalam mengenai praktis CBT di dalam program pemulihan yang mereka ikuti. Kajian ini mendapati praktis CBT hanya terfokus kepada aktiviti berbentuk keagamaan, cenderung kepada program vokasional, ketiadaan program penambahan pengetahuan am, ketiadaan khidmat pakar terapi untuk melaksanakan prosedur CBT dan ketiadaan set protokol terapi rawatan.Dapatan-dapatan berkenaan kemudiannya mendorong kajian ini mencadangkan beberapa intervensi yang boleh membantu meningkatkan praktis CBT untuk pemulihan remaja yang terlibat dengan salah laku seks.