Service-Learning bersama OKU: pengalaman Latihan Industri Pelajar FPI, UKM

Service Learning (S-L) merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berimpak tinggi yang telah menjadi amalan universiti terkemuka di dunia. Secara umumnya model S-L ini telah berkembang dan mengalami perubahan sejak tiga dekat yang lalu. Kajian-kajian yang dilakukan di barat menunjuk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Najah Nadiah Amran (Author), Hamdi Ishak (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2017.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Service Learning (S-L) merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berimpak tinggi yang telah menjadi amalan universiti terkemuka di dunia. Secara umumnya model S-L ini telah berkembang dan mengalami perubahan sejak tiga dekat yang lalu. Kajian-kajian yang dilakukan di barat menunjukkan S-L telah memberikan perkembangan yang menarik dan impak yang positif terhadap pelajar. Argumen dalam kertas kerja ini adalah: (1) model dan amalan S-L telah ada dalam al-Quran danal-Sunnah dan merupakan sebahagian daripada tradisi ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran Islam. (2) S-L juga memberi impak yang komprehensif merangkumi aspek intelektual, emosi, karakter dan spiritual. Kajian ini dilakukan secara kualitatatif berdasarkan nota refleksi responden yang terdiri daripadatiga orang pelajar Prasiswazah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya (OKU) semasa latihan industri. Dapatan menunjukkan perubahan dan impak positif dalam diri pelajar dalam aspek emosi, intelektual, karakter serta spiritual selepas mereka memberikan khidmat kepada OKU tersebut.