Kebolehpekerjaan graduan Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, Selangor

Masalah pengangguran di Malaysia merupakan isu kritikal yang memberi impak negatif terhadap pembangunan negara. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kebolehpekerjaan (employability) graduan lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, Selangor. Kajian ini mengenalpasti kebolehpekerja...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Maharam Mamat (Author), Dayana Daiman (Author), Rahani Mohd Musa (Author), Nur Athirah Irham (Author), Wong, Kok Mun (Author), Yong, Voon Yau (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Masalah pengangguran di Malaysia merupakan isu kritikal yang memberi impak negatif terhadap pembangunan negara. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kebolehpekerjaan (employability) graduan lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, Selangor. Kajian ini mengenalpasti kebolehpekerjaan (status bekerja/tidak bekerja/sambung belajar) graduan Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, menganalisis sektor pekerjaan graduan dan melihat purata gaji graduan lepasan Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat yang berada dalam pasaran kerja semasa. Seramai 755 graduan lepasan ILPKLS dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini yang dijalankan menggunakan kaedah borang kaji selidik secara atas talian dan temu ramah melalui telefon. Hasil kajian mendapati bahawa 24.78% daripada responden telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, manakala sebanyak 60.9% responden telah mendapat pekerjaan dengan 69.13% adalah pekerjaan bertaraf tetap selepas menamatkan pengajian di ILPKLS. Sebanyak 80.48% daripada pelajar memperoleh pekerjaan ini bekerja dalam bidang latihan yang diceburi dan 73.24% graduan mendapat gaji permulaan sebanyak RM1000 ke atas selaras dengan saranan kerajaan untuk meningkatkan penduduk berpendapatan tinggi. Kajian ini mendapati, hanya 6.09 peratus sahaja graduan yang masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran mereka. Kajian ini merumuskan bahawa majoriti graduan lepasan ILPKLS memperoleh pekerjaan pertama mereka dengan kemahiran yang ada dan gaji yang sesuai.