Reka bentuk sensor pendar cahaya bintik kuantum ZnCdSe untuk mengesan racun perosak

Racun perosak digunakan secara meluas dalam sektor pertanian bagi meningkatkan hasil pengeluaran tanaman. Namun demikian, racun perosak boleh memudaratkan kesihatan manusia, haiwan, ikan dan menyebabkan pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran air. Kertas ini melaporkan kajian pembangunan sist...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norhayati Abu Bakar (Author), Akrajas Ali Umar (Author), Muhamad Mat Salleh (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2019-07.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02014 am a22001453u 4500
001 13745
042 |a dc 
100 1 0 |a Norhayati Abu Bakar,   |e author 
700 1 0 |a Akrajas Ali Umar,   |e author 
700 1 0 |a Muhamad Mat Salleh,   |e author 
245 0 0 |a Reka bentuk sensor pendar cahaya bintik kuantum ZnCdSe untuk mengesan racun perosak 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2019-07. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/13745/1/20%20Norhayati%20Abu%20Bakar.pdf 
520 |a Racun perosak digunakan secara meluas dalam sektor pertanian bagi meningkatkan hasil pengeluaran tanaman. Namun demikian, racun perosak boleh memudaratkan kesihatan manusia, haiwan, ikan dan menyebabkan pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran air. Kertas ini melaporkan kajian pembangunan sistem sensor pendar cahaya untuk mengesan kehadiran racun perosak di dalam air dengan menggunakan filem nipis bintik kuantum. Sistem sensor pendar cahaya mempunyai empat bahagian: sumber cahaya untuk menguja racun perosak, kebuk sensor yang mengandungi sampel racun perosak, serat optik yang memandu cahaya daripada sumber ke kebuk sensor dan sistem analisis. Penduga serat optik dupleks berfungsi menyalurkan sumber cahaya penguja dan pancaran. Pada bahagian hujung serat optik terdapat permukaan kaca pada penduga yang dimendapkan dengan filem nipis bintik kuantum ternari ZnCdSe yang disintesis menggunakan kaedah kimia basah pada suhu 350°C dan masa pertumbuhan hablur ZnCdSe adalah 5 min. Pengesanan racun perosak diukur dengan membandingkan spektrum pendar cahaya (PL) filem nipis ZnCdSe di dalam air dan di dalam larutan racun perosak dengan variasi kepekatan 2.5 hingga 2500 μg/L. Pengesanan dalam uji kaji ini menunjukkan spektrum PL filem nipis ZnCdSe menurun apabila dicelupkan ke dalam larutan racun perosak berbanding dengan puncak spektrum di dalam air. Peratus perbezaan penurunan PL meningkat dengan peningkatan kepekatan racun perosak dan bergantung secara linear kepada kepekatan racun perosak. 
546 |a en